Man Raja Lawak atau nama sebenarnya Abd Rahman Kasim ingin menyumbang RM 50,000 sebahagian daripada wang kemenangannya dalam program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) kepada yang memerlukan.
Dia menyuarakan hasratnya itu menerusi akaun Instagram miliknya dimana dia ingin berkongsi hadiah wang tunai hasil juara MLM 2019 kepada yang memerlukan bagi meneruskan kehidupan.
https://www.instagram.com/p/B-Y8WWelNpq/
Katanya, sesiapa yang betul-betul memerlukan pertolongan boleh terus DM dan beri maklumat ke Instagram miliknya kerana dari situ dia akan meneliti setiap permohonan.
Sekiranya tiada respon daripada pihaknya, maka permohonan yang dilakukan gagal, tambahnya.
Dia berharap agar bantuan kecil ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dan orang ramai mendoakannya supaya murah rezeki dan sihat tubuh badan.
Rata-rata netizen memuji tindakan Man yang cukup concern dengan kesusahan yang dialami oleh beberapa individu di luar sana.
Alhamdulillah Man memang terbaik niat murni tu
Alhamdulillah abang Man