Kereta Myvi memang sinonim dengan ‘perangainya’ di atas jalan, sampaikan redah banjir pun diaorang boleh buat.
Tapi, jangan kata Myvi je tau, kebanyakan kereta daripada Perodua boleh buat macam tu, nak tahu kenapa? Ikuti penjelasan daripada seorang TikTokers ini.
Ikut ketinggian air intake
Kata TikToker ini, ada cara untuk kenal pasti dan tahu tahap deras air yang sesebuah kereta boleh redah, kebanyakan kereta Perodua meletakkan air intake mereka lebih tinggi berbanding kereta lain.
Malah kedudukan air intake juga memainkan peranan penting untuk pastikan tahap keselamatan kereta itu jika meredah kawasan air yang tinggi.
Kalau nak tahu info yang lebih jelas, boleh tengok contoh video di bawah ini. Lubang air intake berada di atas dan tepi enjin.
@mg3hub Kenapa kebanyakan kereta perodua boleh redah banjir? Ini sebabnya! #fypシ #fypage #fyyyyyyyyyyyyyyyy #myvi #banjir2022
Individu ini turut memberikan sedikit tips jika ingin meredah banjir, katanya, elak daripada berhenti ketika berada di dalam air yang deras, ia juga boleh jadi penyebab air terus masuk ke dalam air intake.
Ramai netizen kagum apabila mengetahui hal tersebut, malah ada juga antara mereka yang memberikan beberapa tips yang berguna.
Baca : 9 Tips Menyelamatkan Kereta Daripada Rosak Ditenggelami Air Ketika Bencana Banjir