in

TikToker Mohon Maaf Isu Buat ‘Live’ Dekat Sungai, Terkilan Dengan Komen Netizen

Sungai 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular satu video mengenai seorang TikToker yang membuat live sekitar kawasan sungai sehingga mengganggu orang lain yang mahu berehat dan berkelah di situ.

Disebabkan itu, TikToker berkenaan telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka melalui akaun TikTok @syakirbelon4.0.


Minta maaf buat live berniaga di sungai

Dalam video tersebut, Syakir menyedari kesilapannya membuat live TikTok di tempat awam sehingga orang sekeliling rasa terganggu dan tidak selesa.

Artikel berkaitan: Port ‘Healing’ Jadi Tak Tenang, Individu Dakwa Influencer Buat ‘Live’ TikTok Dekat Sungai?

Artikel berkaitan: Pemilik Rumah Anak Yatim Ditahan Gara-gara Eksploitasi Kanak-kanak Di Live TikTok Untuk Dapatkan Wang

Saya nak buat dekat rumah, saya fikir jiran tapi saya tak fikir pula kalau buat dekat sungai akan ganggu orang yang datang.

Sebelum ini, ada buat live waktu orang takde. Maksudnya waktu hari bekerja.. tapi Ahad semalam saja nak live dan kitorang tak terfikir langsung benda ni terjadi. Saya minta maaf sebab buat bising dekat sungai. Saya mengaku salah saya.

Dia bagaimanapun meminta maaf kepada individu yang merakam situasi yang terjadi sehingga video itu tular semalam.

@syakirbelon4.0

Saya harap semua dapat maafkn saya

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Terkilan netizen bodyshaming

Syakir turut terkilan dengan komen netizen yang telah menyindir tubuh badannya yang agak besar namun dengan cara berniaga di TikTok itulah salah satu punca rezeki untuknya.

Disebabkan saya tak sedap dipandang, tak semua faham badan macam saya ni.. orang luar susah nak ambil kerja. Jadi, saya usaha sendiri buat live berniaga.

Saya tak pernah anggap diri sayainfluencer, saya anggap Tuhan bagi saya rezeki sebab saya tak boleh buat kerja macam orang lain.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen turut memberi nasihat kepada TikToker tersebut.

Sungai 1

Moga dapat jadikan pengajaran..

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.