Tular satu video di platform X, berkenaan dengan kenyataan daripada seorang wanita yang menjual tudung shawl yang berbentuk L.
Video yang pada asalnya dikongsikan menerusi TikTok dan telah dipadamkan itu mula tular ke platform X dan meraih lebih 7,000 jumlah perkongsian dan rata-rata mengecam penjual tersebut.
Artikel berkaitan : “Comel je!”- Effort Izara Aishah Dipuji, Sanggup Buat Video Tutorial Shawl Sampai 7 Minit!
Artikel berkaitan : 9 Jenama Shawl Popular dan Cantik Dengan Harga di Bawah RM59!
Dalam video berdurasi 1 minit 56 saat, wanita ini menjelaskan bahawa dia sudah mendapatkan copyright tudung jenis shawl yang berbentuk L dan ia telah menjadi miliknya. Tegasnya, sesiapa menjual shawl yang seakan sama dengannya akan diambil tindakan.
Ia berukutan dengan pelancaran koleksi terbaru shawl miliknya yang berbentuk L, selepas melakukan demo dan tutorial miliknya sebelum menjelaskan bahawa dia telah mendapatkan copyright untuk bentuk shawl tersebut.
“Saya punya lawyer akan contact untuk berhentikan jualan, korang boleh je jual tudung bawanl atau shawl, tapi bukan berbentuk L, kalau nak buat atau jual juga kena buat design lain sebab saya dah hantar untuk buat copyright.”
bukak2 tiktok terus keluar, dah delete btw utk sape yg nk tgk https://t.co/G9YmVJPB7a pic.twitter.com/MLuVkShkVD
— multistan ★☆★☆★ (@linobunnyteeth) February 27, 2024
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengecam dan menyifatkan wanita ini selfish, bahkan ada netizen yang jelak dengan tindakannya kerana bagi mereka tudung jenis sebegitu sudah ada lama di pasaran sejak dari dulu lagi.
Ada juga yang bagi pandangan sinis yang kononnya menyokong tindakannya kerana bagi mengelakkan produknya itu diciplak oleh satu ‘jenama tudung’.
Siapa kat kini pernah pakai tudung shawl bentuk L sebelum dia ni launch?
Sumber : X