TikTok Shop, platform e-dagang berasaskan kandungan yang terkemuka, mengumumkan pelancaran ciri terbarunya, Affiliate Link, di Malaysia menjelang Jualan Akhir Tahun 12.12 yang bakal berlangsung dari 9 hingga 13 Disember 2024.
Inovasi baharu ini akan memberikan fleksibiliti kepada lebih 2 juta pencipta tempatan di TikTok Shop untuk menjana komisen sambil menyokong pertumbuhan penjual*.
Ketua Komunikasi Pemasaran TikTok Shop Malaysia, Aisya Rosly berkongsi: “Ciri Affiliate
Link TikTok Shop akan memudahkan rakyat Malaysia biasa untuk mencari rezeki sebagai
pencipta.
Selain format Affiliate Kerjasama yang sedia ada melalui kandungan dalam
aplikasi serta fungsi beg kuning ikonik kami, pencipta kini boleh memperluas capaian
mereka di luar platform untuk mempromosikan penjual TikTok Shop melalui Affiliate Link. Ciri
ini terbuka kepada semua pencipta tempatan di TikTok Shop, tanpa mengira bilangan pengikut mereka.*”
“Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana (PMKS), yang mewakili lebih 96% daripada lebih 1.3
juta penjual kami di Malaysia, juga akan meraih manfaat daripada ciri baharu ini. Dengan
membolehkan pencipta tempatan mempromosikan produk secara lancar di luar platform,
kami memupuk satu ekosistem perdagangan sosial yang lebih inklusif dan bersepadu, di
mana usahawan dan jenama tempatan dapat mengembangkan perniagaan mereka dengan
lebih baik. Kami menggalakkan semua pencipta, baik yang baharu mahupun yang
berpengalaman di TikTok Shop untuk mencuba ciri Affiliate Link semasa Jualan Akhir Tahun
12.12 yang dinanti-nantikan ini,” tambah beliau lagi.
Bagi menggunakan Affiliate Link, pencipta perlu menyertai Program Affiliate melalui
Halaman Profil TikTok mereka (TikTok Studio > TikTok Shop for Creator > Enable Affiliate)*.
Pencipta boleh menjana Affiliate Link terus dalam aplikasi TikTok Shop setelah memilih
produk yang layak dipromosikan dalam Program Affiliate.
Pautan ini boleh dikongsi di pelbagai platform bagi menarik trafik ke halaman produk. Pada masa yang sama, penjual akan mendapat manfaat dengan memperluas capaian mereka di luar TikTok, membolehkan pencipta mengarahkan trafik dari luar ke kedai mereka, seterusnya meningkatkan jualan dan keterlihatan produk.
Kadar komisen ditentukan berdasarkan struktur komisen penjual individu, dan hanya akan
diberikan kepada pencipta apabila pesanan dipenuhi*. Komisen daripada Affiliate Link sah
untuk maksimum 100 hari. Selepas itu, pencipta perlu menjana pautan baharu. Harus ingat
bahawa komisen bergantung pada sama ada pautan produk terakhir yang dilihat oleh
pembeli adalah pautan pencipta sendiri.
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba ciri hebat ini! Jualan Akhir Tahun 12.12 TikTok
Shop menawarkan baucar Penghantaran Percuma yang boleh digabungkan di seluruh
platform, bersama tawaran penghabisan stok serendah RM12 pada jam 12 tengah hari
setiap hari untuk jenama seperti Dynamo, NIVEA, Simplus, Swiss Thomas, Anua dan
banyak lagi*.
Selain itu, terdapat juga tawaran Harga Hangat setiap hari dengan harga yang
kompetitif. Jangan lupa menonton Siaran Langsung Jualan Akhir Tahun TikTok Shop pada
11 Disember dari jam 9 malam hingga 11.30 malam untuk menikmati baucar dan tawaran
eksklusif siaran langsung, serta persembahan menarik daripada Dayang Nurfaizah, Hael
Husaini, Ernie Zakri, dan Amir Masdi*. Sertai cabaran tanda pagar #TikTokShop1212YearEndSale untuk berpeluang memenangi hadiah elektronik bernilai sehingga RM50,000*.
Untuk maklumat lanjut tentang Jualan 12.12, sila layari pautan ini atau dapatkan maklumat lanjut tentang Affiliate Link TikTok Shop, sila di pautan ini.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.