Umum mengetahui, bekas Perdana Menteri (PM) Malaysia, Datuk Seri Najib Razak kini sedang menghadapi hukuman penjara dan hari ini genap setahun dia menjalani hukuman tersebut.
Dia yang merupakan bekas Ahli Parlimen Pekan itu dijatuhi hukuman tersebut pada 23 Ogos tahun lepas.
Terbaru, menerusi laman Facebook miliknya, Najib Razak meluahkan perasaannya yang kini berada di sebalik tirai besi dalam bentuk sebuah puisi.
Dalam posting tersebut, dia memberikan bayangan bahawa dirinya banyak menghabiskan masa dengan mengerjakan ibadah walaupun sentiasa berasa sunyi dan keseorangan.
“Tikar sejadah menjadi teman sujud, mengerjakan solat lima waktu, merayu belas kasihan-Nya meringankan ujian beban, mendoakan ketenangan, kebebasan derita.
Di subuh, menanti sinar mentari pagi, menembusi jendela tirai besi. Di waktu senja bertukar malam, hening dan sunyi. Mengalunkan al-Quran, berzikir dengan hati.
Keseorangan, walaupun tahu Allah sentiasa ada. Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya,” tulisnya.
Sementara itu dalam ruangan komen, rata-rata pengikut media sosialnya itu memberikan kata-kata semangat buat bekas Perdana Menteri itu.
Sebagai info, Najib Razak didapati bersalah atas tuduhan kes menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International SDN BHD.
Setakat ini, dia masih berdepan tiga lagi kes mahkamah termasuk penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Baca: “Najib dah turun lebih 5 tahun, harga barang dah turun belum?” – Najib Sindir Rafizi?