Ngeri! Itulah yang dapat digambarkan ketika melihat kemalangan di antara dua kereta yang hampir 80% remuk dekat Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Taman Cheng Bestari pukul 11 pagi tadi.
Dalam satu perkongsian di laman Facebook, rakaman CCTV berdekatan lebuhraya berkenaan menunjukkan sebuah lori berwarna putih sedang bergerak keluar ke jalan besar sebelum sebuah Perodua Viva dari arah belakang terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar Proton Gen2 berwarna hitam.
Ekoran dari perlanggaran tersebut, seorang pembonceng motosikal juga turut cedera apabila bahu kanannya terkena besi pembahagi jalan yang terpelanting akibat kemalangan tersebut.
Namun malangnya, ketiga-tiga mangsa yang menaiki Perodua Viva maut di tempat kejadian. Manakala lelaki yang memandu Proton Gen2 pula cedera parah.
Menurut Harian Metro, kedua-dua mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
Perkongsian rakaman tersebut mendapat komen daripada netizen yang rata-rata berpendapat bahawa pemandu Viva cuba mengelak lori dari arah hadapan namun akhirnya terbabas kerana memandu dalam keadaan laju.
Berhati-hatilah di jalanraya. Tambah-tambah pada musim hujan ini. Malang datang tanpa diduga.
Tonton video di bawah: