in

“Tiga dekad hilang dari radar” – Bekas Jurugambar Dedah Gambar UFO Paling Jelas Dalam Sejarah

Gambar Ufo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang profesor dari Universiti Sheffield Hallam, juga merupakan bekas jurugambar akhbar mendedahkan telah menjumpai sekeping gambar yang didakwa merupakan ‘gambar UFO paling jelas’ yang pernah ditangkap dalam sejarah.

Menurut beliau, gambar tersebut, juga dikenali sebagai ‘gambar Calvine’ pernah hilang dan menjadi ‘legenda’ selama lebih tiga dekad.


Gambar tersebut dipercayai ditangkap oleh dua orang pendaki gunung pada 4 Ogos, 1990.

Clarke berkata, beliau berjaya menjejaki bekas Tentera Udara Diraja Britain, Craig Lindsay yang telah menyimpan gambar tersebut.

Gambar Ufo
Kredit gambar: daily star

Artikel berkaitan: “Macam UFO” – Formasi Awan Aneh Di Turki Buat Orang Ramai Bingung

Artikel berkaitan:  “Ambil masa 2 minggu untuk siap” – Mural Dengan Konsep UFO Jadi Tarikan Baru Di Pahang

Dalam gambar itu, dapat dilihat dengan jelas sebuah piring UFO diekori rapat oleh sebuah jet pejuang.

Menurutnya, gambar tersebut telah diserahkan kepada akhbar Daily Record di Scotland.

Namun, ia kemudian diserahkan kepada Kementerian Pertahanan Britain di mana ia disimpan secara rahsia sehingga 2022

Walaupun terdapat bukti bergambar, dua orang pendaki gunung yang menangkap gambar tersebut tidak pernah mendapat peluang untuk bercerita mengenai pengalaman mereka.

Pada tahun 1990, kedua-dua pendaki bekerja sebagai chef di sebuah hotel.

Pada petang tersebut, mereka mengambil keputusan untuk mendaki puncak Calvine dan berjaya menangkap gambar UFO tersebut.

Kredit: Daily Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.