in

Tidur Pukul 3 Pagi, Bangun 12 Tengah Hari, Tidur Tak Menentu Boleh Tingkatkan Risiko Mati

Cats 67

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidur pukul 10 malam, bangun pukul 6 pagi.
Esoknya, tidur pukul 3 pagi, bangun pukul 12 tengah hari.
Esoknya lagi, tidur pukul 11.30 malam, bangun pukul 8 pagi.

Siapa yang pernah macam ni? Tidur pada waktu yang tidak menentu, dan bangun pada waktu yang tidak tetap. Meskipun kitaran tidur seperti ini adalah normal terutamanya dalam kalangan anak muda, rutin seperti ini sebenarnya boleh membawa kepada masalah kesihatan.


Waktu tidur tak tetap

Menerusi sebuah kajian, kitaran tidur yang tidak tentu dikaitkan dengan risiko kematian yang lebih tinggi dalam tempoh tujuh tahun.

Kajian oleh Matthew Pase dari Universiti Monash di Melbourne, Australia, mendapati, waktu masuk dan bangun tidur yang tidak menentu boleh menyebabkan proses fisiologi tubuh hilang kesegerakan (sync).

Kajian dibuat menerusi tabiat tidur 88,975 individu berumur antara 40 hingga 69 tahun yang dinamakan sebagai Indeks Keraturan Tidur (SRI).

Menerusi data tersebut, indeks SRI digunakan untuk menganalisis kebarangkalian seseorang akan bangun dari tidur pada waktu yang tertentu.

Individu yang masuk dan bangun tidur pada masa yang sama setiap hari akan mendapat mata tertinggi, iaitu 100. Manakala, mereka yang masuk dan bangun tidur pada waktu berbeza menerima 0 mata.

Mati dalam tempoh 7 tahun

SRI setiap peserta dikira selama seminggu dan pengkaji mengikuti perkembanga mereka selama tujuh tahun. Selepas tujuh tahu, kajian mendapati mereka dengan mata SRI yang rendah mempunyai lebih banyak masalah kesihatan.

Individu yang mendapat 41 mata dan ke bawah adalah lebih berkemungkinan mati disebabkan apa sahaja punca dalam tempoh tujuh tahun itu, berbanding dengan mereka yang mendapat 61 mata SRI. Individu dalam kumpulan itu juga berkemungkinan mati akibat penyakit jantung dan  kanser.

Pakar neurosains dari Universiti Oxford, Colin Espie berkata, ketidakselarian waktu tidur pernah dikaitkan dengan kanser kerana ia boleh mendorong kepada pengembangbiakan sel yang tidak normal.

Jelasnya, dapatan itu tidak mengejutkan kerana tidur adalah satu faktor yang penting di dalam kehidupan.

Malah, beliau berkata tidur adalah sama penting dengan faktor kehidupan lain seperti air, makanan dan udara.

Meskipun menonton Netflix dan bermain DOTA itu seronok, jangan lupa tidur okay!

Kredit: Relevan

BACA: Tasik Pangong: Tasik Indah Yang Tercemar Kerana Babak Akhir Filem 3 Idiots

Untitled 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.