Syukur ke hadrat Ilahi, konvoi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) kini dilaporkan sudah secara rasmi memasuki zon kuning, yang kini dalam perjalanan ke Gaza.
Perkara ini disahkan oleh Ahmad Musa Al-Nuwayri selaku salah seorang peserta konvoi dan pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM) dalam satu hantarannya yang memberitahu bahawa konvoi pelayaran itu dijangka masuk ke zon merah pada Khamis ini.
View this post on Instagram
Sedikit sahaja lagi sebelum kita berjaya melakar sejarah. Dengan izinmu ya Allah!” katanya dalam hantaran itu.
Dalam pada itu, pempengaruh dan aktivis, Farah Lee juga ada berkongsi detik kapal yang dinaikinya memasuki zon kuning.
Menurut Farah, mulai malam tersebut, mereka akan tidur bersama pasport di tangan dan memohon doa orang ramai untuk segala kemungkinan yang bakal berlaku.
Kami dah masuk Yellow Zone, lebih kurang 400nm lagi nak ke Gaza. Malam ini semua mula tidur dengan passport di sisi. Doakan kami kuat hadapi apa saja kemungkinan,” tulisnya.
View this post on Instagram
Artikel berkaitan: “Selalu letak orang lain di hadapan” – Musa Nuwayri Dedah Sikap Zizi Kirana Dalam Misi GSF
Artikel berkaitan: GSF Sahkan Salah Satu Kapal Yang Membawa Peserta Misi Sumud Flotilla Diserang Dron Di Tunisia
Apa itu Zon Kuning?
Zon Kuning ini merujuk kepada kawasan berjaga-jaga sejauh 30 batu nautika dari pesisir Gaza, manakala Zon Merah merupakan kawasan berisiko tinggi yang lebih hampir dengan perairan yang dikawal ketat oleh rejim Zionis.
GSF yang membawa bantuan kemanusiaan termasuk makanan dan ubat-ubatan disertai lebih 34 rakyat Malaysia bersama aktivis antarabangsa dari pelbagai negara yang bertujuan untuk menembusi sekatan laut Israel dan menghantar bantuan terus ke Gaza.
Sumber: Sinar Harian, Instagram