Kita semua memang tahu, jadi seorang guru ni bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Selain kena melayan pelbagai kerenah pelajar, tugas dorang juga tak berhenti bila balik rumah.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok telah kongsikan video menunjukkan ibunya yang bekerja sebagai seorang cikgu terpaksa buat terlalu banyak kerja sehingga ingin berhenti.
“Apa yang pengetua suruh ibu saya buat ni?”
Dalam video tersebut, pengguna ini telah tunjukkan beberapa kertas yang perlu dibawa balik oleh ibunya ke rumah. Selain itu, dia turut mengatakan kerja-kerja yang dibuat juga turut menyebabkan ibunya itu tak cukup tidur dan makan tak teratur.
Di penghujung video, dapat dilihat pengguna ini turut kongsikan surat berhenti kerja yang telah ditulis oleh ibunya itu.
https://www.tiktok.com/@urlastexxxxxx/video/7133271897537563930?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&q=user73636192548102620&t=1661147019627
Dalam surat berhenti kerja, ibunya itu telah meminta maaf kerana lewat menyiapkan kerja-kerja yang diberikan serta turut mengatakan dia dah tak mampu untuk tanggung kerja yang diberikan.
Saya ingin memohon maaf atas kelewatan semua kerja-kerja saya. Saya sudah tidak mampu tanggung semua kerja.”
“Patut la ramai cikgu minta berenti awal”
Menerusi ruangan komen, ramai netizen turut kongsikan pengalaman sama dialami ibu dorang yang bekerja sebagai seorang pendidik.
Adui, kesian betul. Harapnya pihak kementerian dapat ambil maklum mengenai perkara ini dan ringankan beban cikgu-cikgu.