in

Tidak Guna Jam Piawaian SIRIM, Masjid Di Johor Buka Puasa 3 Minit Awal

4azan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jemaah sebuah masjid di Johor dinasihatkan untuk menggantikan puasa mereka selepas berbuka tiga minit lebih awal daripada waktu sebenar.

Memetik laporan Bernama, kejadian itu berlaku apabila bilal bertugas melaungkan azan lebih awal tanpa merujuk kepada jam yang diselaraskan mengikut standard Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).


Screenshot 2025 03 29 at 1.19.01 PM

Walau bagaimanapun, semakan mendapati hanya jemaah di dalam masjid tersebut yang terjejas, manakala penduduk sekitar yang tidak berada di dalam masjid berkenaan tidak terlibat.

Kesilapan ini dianggap sebagai kejadian terpencil, namun semua bilal di negeri ini dinasihatkan agar lebih berhati-hati bagi mengelakkan perkara serupa berulang.

Kerajaan negeri juga telah mengeluarkan arahan supaya semua masjid dan surau menggunakan jam SIRIM sebagai rujukan rasmi bagi memastikan ketepatan waktu azan dan berbuka puasa.

Baca: “Kami nasihatkan pelanggan ganti puasa” – Laung Azan Maghrib 3 Minit Awal, DarSA Fried Chicken Mohon Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.