Seringkali kita melihat iklan mahupun selebriti yang menyokong syarikat pelaburan seperti OctaFX ini di media sosial walaupun ramai pihak yang mendakwa ia agak mencurigakan.
Baru-baru ini, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengemaskini senarai amaran pengguna kewangan (Financial Consumer Alert List) di laman mereka dengan menambah OctaFX sebagai satu syarikat yang pengguna patut berhati-hati.
Senarai ini telah dibuat BNM untuk memastikan orang ramai tidak melabur di perkhidmatan kewangan dan pelaburan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang.
Sebelum ini juga, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ada meletakkan OctaFX di bawah senarai yang sama dan kali ini BNM juga mengambil langkah yang serupa.
Hal ini kerana terdapat beberapa pihak yang mempromosikan perkhidmatan tersebut walaupun ia tidak mempunyai sebarang pengesahan mahupun kebenaran.
Dalam pada itu, orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak menyertai sebarang program atau pelaburan yang tak dibenarkan atau tidak mempunyai kelulusan di bawah undang-undang Malaysia.
Masih belum terlambat untuk stop labur di OctaFX ni, artis yang terlibat promosi harapnya sedarlah atas kesilapan mereka.
Baca: “Tolonglah bertaubat” – Netizen Pertikai Fizo Omar & Wak Doyok Selalu Muncul Dalam Iklan Forex