Hari ini, berakhirnya pimpinan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16 dan baginda sudah pun selamat berangkat ke Pahang dalam satu acara yang penuh istiadat.
Dalam laporan harian Metro, YDPA berkongsi bahawa baginda tidak mengambil gaji sepanjang tempoh pemerintahannya.
Artikel berkaitan: “Beratnya hati…” – Majlis Bersalaman Kakitangan Istana Bersama YDPA & Permaisuri Buat Netizen Sebak
Artikel berkaitan: Ini 7 Alat Kebesaran Diraja Lambang Kedaulatan YDPA Yang Korang Patut Tahu
Baginda juga mendedahkan detik awal memikul tanggungjawab sebagai ketua negara itu amat sukar dek kerana pergolakan politik ketika itu, malah baginda juga dalam kekaburan dengan jawatan serta peranan yang perlu disandang.
Mengimbau semula kenangan dilantik memasuki Istana Negara pada 31 Januari 2019, Al-Sultan Abdullah bertitah, baginda sendiri pada awalnya tidak tahu peranannya sebagai ketua negara.
“Detik pertama saya masuk Istana Negara memberi pengalaman agak manis apabila diingat semula. Ini kerana saya masuk ke jawatan yang saya sendiri tidak pasti apa peranannya.
Ketika dilantik, saya baru 15 hari menjadi Sultan Pahang, banyak perkara yang saya masih tak tahu dan kemudian terus dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong. Memang ia agak sukar bagi saya kerana tiada pengalaman, tetapi saya belajar perlahan-lahan,” katanya.
Malah, baginda juga berkongsi pengalamannya yang tiada tara apabila terdapat empat orang Perdana Menteri ketika baginda memikul jawatan sebagai YDPA.
Selepas ini, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan akan bersemayam selama lima tahun, berkuat kuasa 31 Januari ini.
Sumber: Harian Metro