in

“Tiba-tiba teringin nak makan” – Jutawan Sewa Helikopter 2 Jam Semata-mata Nak Beli Burger McD

ft ngidamm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang kan kalau mengidam korang sanggup buat apa je? Lelaki dari Rusia ni sanggup tau perhabis duit dia dekat RM11,000 sebab mengidam!

 

Tempat percutian tak ada McDonald’s


Lapor Kosmo , seorang jutawan muda Rusia bernama Viktor Martynov, 33 tahun, sanggup menempah helikopter selama 2 jam semata-mata nak beli fast-food kegemarannya, burger Mekdi!

Dengan bayaran £2,000 (RM10,890) , dia menempuh perjalanan sejauh 724 kilometer ulang alik dari Semenanjung Crimea ke Krasnodar; wilayah paling dekat yang mempunyai restoran makanan segera tersebut.

mcd

Setelah Vladimir Putin (Presiden Rusia) merampas Semenanjung Crimea dari Ukraine, beliau telah menyekat syarikat dari negara Barat di situ yang menyebabkan restoran seperti McDonald’s tidak dapat beroperasi di rantau berkenaan.

Saya sedang bercuti bersama teman wanita dan tiba-tiba terasa mahu menikmati makanan yang saya biasa nikmati di Moscow.

Jadi saya menempah sebuah helikopter, pergi ke Krasnodar, penuhi keinginan itu dan kembali ke pusat peranginan.”

Ini adalah pertama kali orang menyewa helikopter untuk alasan itu kata syarikat sewaan tersebut. Menurut mereka, biasanya pelancong menyewa servis mereka untuk bersiar-siar atau menghadiri perjumpaan.

Wow…Apa korang buat kalau mengidam sangat?

 

Baca : Isteri Mengidam, Posmen Tulis Atas Parcel Pelanggan Minta Mangga Untuk Isteri Yang Sarat Mengandung

ngidam

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.