in

Tiba-Tiba Brek Hingga Cetus Kemalangan, Ini Modus Operandi ‘Scam’ Jalan Raya

Scam Jalan Raya Brek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ini bermacam-macam jenis kemalangan yang berlaku di jalan raya. Ada yang tidak disengajakan tetapi ada juga yang sengaja mencipta kemalangan demi memerangkap mangsa untuk mendapatkan ganti rugi.

Tular satu perkongsian di media sosial satu lagi bentuk scam di jalan raya, memaparkan modus operandi yang melibatkan sekumpulan penunggang motosikal dan sebuah kereta.


Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter ini, video itu menunjukkan penunggang motosikal secara tiba-tiba membrek di hadapan kereta mangsa dan kemudian menyebabkan kereta itu pula dilanggar oleh kereta di belakang akibat turut membrek.

Keadaan itu seolah-olah seperti mangsa melanggar mereka. Katanya lagi, pemandu kereta di belakang akan menjadi saksi memberi keterangan palsu tentang apa yang berlaku. Difahamkan kejadian dipercayai berlaku di sekitar Sentul, Kuala Lumpur.

“Beberapa penunggang motorsikal akan brake check (cuba menguji brek) depan anda, buat anda terlanggar mereka.

“Kereta belakang (yang juga gang mereka), akan jadi saksi keterangan palsu,” tulisnya.

Mujur, tiada sebarang kecederaan berlaku berhubung insiden terbabit. Menerusi perkongsian video itu juga, orang ramai dinasihati berhati-hati dengan scam jalan raya ini.

Ramai mengatakan penggunaan dashcam sudah menjadi benda penting dalam kenderaan supaya kes-kes yang mencurigakan seperti ini dapat dielak daripada jadi mangsa penipuan.

Macam-macam cara orang sekarang nak cari duit dengan mudah…

Baca: Tular Kisah Sedih Doktor Kematian Isteri & Anak, Netizen Dedah Rupa-rupanya Ia ‘Fake’?
Doktor Fake Cerita Iqbal Hamdi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.