Hari konvokesyen adalah hari kemuncak untuk setiap mahasiswa dan mahasiswi di setiap universiti di dunia. Meraikan hari yang menandakan tamat belajar dengan jayanya itu biasanya disambut bersama keluarga terdekat ataupun kenalan rapat.
Lain pula yang berlaku kepada salah seorang graduan ini ketika hari konvokesyen beliau. Beliau menyangkakan tiada yang hadir ketika hari penuh makna itu.
Namun, beliau dikejutkan dengan kehadiran 150 orang kadet Kor SISPA UPM.
Korang tengok lah video @.itscuyaa_ di bawah ni.
@.itscuyaa_ CONGRATS MAAM🥳 @𝒦𝒶𝓀𝓎𝑜𝓊𝓃𝑔🧢 TQ For everythings… Kadang-kadang kita rasa seolah-olah tiada siapa yang akan ada untuk kita, tapi sebenarnya ada ramai orang yang sentiasa menyokong dan menghargai kita. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Kor Siswa Siswi UPM atas sokongan yang luar biasa pd pegawai saya pada hari konvokesyen ini. Kehadiran lebih 150 orang , memberikan semangat dan kebahagiaan yang tak terhingga. Terima kasih sekali lagi kerana telah menjadikan hari konvo ini lebih bermakna dan penuh dengan kenangan yang tidak akan dilupakan. Semoga kejayaan puan pada hari ini bukan sahaja jadi batu loncatan untuk masa depan yang lebih cemerlang, tetapi juga menjadi inspirasi untuk kita semua. Tahniah, maam! You deserve! moga lebih banyak kebahagiaan dan kejayaan yang bakal datang.” terus maju ke hadapan! #fyp #fypシ #foryou #grad #moment #proud #incredible
Artikel berkaitan: Kawan Kemalangan Sebelum Konvo, Netizen Terharu Lihat Graduan Buat ‘Pre-Convo’ Di Hospital
Artikel berkaitan: Graduan Terakhir Buat Aksi ‘Suii’ Masa Ambil Skrol Undang Perbalahan, Ini Respon UniKL
Kadet-kadet yang hadir itu turut berkawad sebelum tiba meraikan graduan itu. Suasana sebak dan terharu cukup jelas kelihatan di raut wajah graduan yang menerima kejutan itu.
Hari konvokesyen yang disangka sunyi bertukar menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.