Peminat industri hiburan tempatan dikejutkan dengan berita pelakon popular, Fazura yang telah memfailkan perceraian terhadap suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin pada Jumaat.
Walau bagaimanapun, menurut Harian Metro, Fattah Amin mengatakan dia hanya mengetahui bahawa isterinya telah memfailkan perceraian mereka semalam melalui media sosial.
Fattah Amin berkata demikian ketika dihubungi oleh wartawan Harian Metro.
Artikel berkaitan: Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin?
Artikel berkaitan: “Are u ok?” – Muat Naik Lagu Adele & Babak Filem Crazy Rich Asians, Posting Fazura Undang Spekulasi Netizen?
Pelakon lelaki yang popular dengan drama Hero Seorang Cinderella itu juga menegaskan bahawa tiada wanita lain di dalam hidupnya sekali gus menafikan dakwaan bahawa dirinya curang.
Menurut Fattah juga, dia juga masih menyayangi isterinya, Fazura.
Fattah turut mengatakan bahawa dirinya terkejut dan sedih dengan berita Fazura memfailkan perceraian terhadap dirinya.
Dia turut berharap agar mereka di luar sana akan mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga mereka.
Untuk makluman semua, Fattah Amin dan Fazura telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan pasangan ini kemudiannya telah dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya.
Sumber: Harian Metro