in

Tiada Seorang Daripada 27 Saksi Kata Ibu Bapa Abaikan Zayn Rayyan

ft ibu bapa zayn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini dimaklumkan bahawa daripada 27 orang saksi pendakwaan sebelum ini, tiada seorang pun pernah menyatakan yang ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengabaikan kanak-kanak itu pada hari kehilangannya.

Saksi pendakwaan yang ke-28 iaitu Asisten Superintendan Mohd Hafizee Ismail, 38, menyatakan hal tersebut ketika pemeriksaan balas oleh peguam Haresh Mahadevan.


Artikel berkaitan : Pegawai Penyiasat Dedah Temui Kesah Darah Pada Bilik Air Rumah & Bilik Tidur Zayn Rayyan

Artikel berkaitan : Saksi Beritahu Ibu Zayn Rayyan Dibawa Keluar Lokap Untuk Lakonan Semula

Mohd Hafizee yang sebelum ini bertugas sebagai pegawai penyiasat kanan jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berkata demikian semasa memberikan keterangan pada hari ke-19 utnuk perbicaraan kes pengabaian dihadapi Ismanira, 30, dan Zaim Ikhwan, 30, di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Tambahnya, tiada saksi yang melihat tertuduh di kawasan sungai berdekatan Blok R Apartment Idaman iaitu lokasi mayat Zayn Rayyan ditemui.

Beliau turut bersetuju dengan cadangan yang ibu bapa Zayn Rayyan itu tidak mengabaikan kesihatan anak mereka, bahkan tiada kesan kecederaan lama yang menunjukkan Zayn Rayyan itu pernah menjadi mangsa dera.

Screenshot 2025 04 23 154639

Haresh: Berdasarkan tiga laporan perubatan di mahkamah, setuju saya cadangkan ibu bapa Zayn bawa dia berjumpa doktor sekiranya dia tak tak sihat? Ada tak mana tiga laporan perubatan ini menyatakan Zayn ni kanak-kanak diabaikan ibu bapa simpan di rumah sehingga sakit?

Hafizee: Tiada.

Haresh: Laporan autopsi (bedah siasat) menyatakan tiada kecederaan lama menunjukkan arwah Zayn kononnya arwah ini mangsa penderaan, betul?

Hafizee: Betul.

Memetik laporan Harian Metro, mengikut pertuduhan pindaan, Zaim Ikhwan dan Ismanira dikatakan orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan telah mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang berkemungkinan boleh mendatangkan kecederaan fizikal.

Difahamkan, kesalahan itu dilakukan di sekitar kawasan Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan apartmen sama, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 dan jam 9.55 malam pada 6 Disember 2023.

zayn rayyan 2048x1565 1

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan dan sumber melaporkan bahawa perbincangan akan disambung petang ini.

Sumber : Harian Metro

Sumber: Harian Metro
Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.