Baru-baru ini, pasangan Korea-Malaysia terkenal di media sosial ini dikecam hebat kerana isu berkaitan parkir di mahkamah yang dibangkitkan oleh seorang peguam membabitkan Neelofa. Tidak lama selepas itu, pasangan Maryam dan Ryzal atau dikenali dengan nama Duriankimchi telah pun tampil memberikan penjelasan.
Baru nak reda isu tersebut, kali ini si suami dikecam pula kerana memberi komen-komen jelek terhadap pakaian tradisi kaum Iban. Sejak semalam, viral video Instagram story Ryzal yang dimuat naik semula di Twitter telah mendapat perhatian ramai netizen.
“Ni dah menghina” – Netizen
Melalui video tersebut, isterinya Maryam dirakam sedang ditata rias sambil menggayakan pakaian tradisi kaum dari Sarawak itu. Sambil itu, Ryzal merakamkan Instagram story sambil memberi komen yang kurang menyenangkan tentang pakaian tersebut.
Syiling orang letak dalam poket, dia letak dekat sini. (Sambil tunjuk rawai di badan Maryam).”
Ini kain meja dapur ni. (Sambil pegang tango di bahu Maryam).”
Ini kain buruk letak dekat mesin basuh. (Sambil tunjuk kain dipakai Maryam).”
“Saya bergurau dengan isteri. Tiada niat nak menghina.”
Video itu mendapat kritikan dan kecaman ramai orang di media sosial di mana rata-ratanya berasa kurang senang dengan sikap pasangan ini. Apatah lagi baru saja nak reda isu komen peguam dan kali ini si suami pula tidak sensitif dengan komen berkenaan budaya kaum lain.
Semalam, Ryzal telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia terutamanya orang Sarawak serta kaum Iban. Melalui Instagram, Ryzal menjelaskan tentang video viral tersebut di mana katanya dia hanya bergurau bersama isteri dan tiada niat mahu menghina.
Kaum Iban, saya mohon maaf. Saya faham, semua marah dan kecewa dengan perkongsian sensitif gurauan saya dan Maryam yang mengguriskan hati rakyat Malaysia khususnya kaum Iban di Sarawak.”
Saya akui tidak menjaga sensitiviti berbilang kaum di Malaysia, maka saya bertanggungjawab ke atas tutur kata dalam gurauan saya.”
Tiada sebesar zarah pun niat saya untuk menghina, apatah lagi mencetuskan perbalahan. Saya betul-betul bergurau dengan isteri namun kali ini ia melebihi batas.”
https://www.instagram.com/p/CPWN0y3pDcw/
Tindakannya memohon maaf itu mendapat pujian dan respon positif di mana ada yang memberi komen berkata tidak ramai yang membuat salah berani untuk mengakui mahu pun meminta maaf.
Seorang netizen berkata,
Terbaik bro, yg penting kita akui kesalahan dan cepat2 mintak maaf.”
Baca: “Saya tidak memihak Lofa pun” – Duriankimchi Mohon Maaf, Perjelas Maksud Sebenar Isu Kritik Peguam