Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila montaj pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) dikatakan tidak memasukkan elemen agama Islam dalam video berdurasi 41 saat itu.
Perkara itu turut dipertikaikan oleh salah seorang ahli parlimen yang mahukan penjelasan daripada kementerian yang berkaitan.
Artikel berkaitan: Exco Pelancongan Selangor Syor Adakan Ujian Air Kencing Sebelum Masuk Konsert
Artikel berkaitan: Ada Netizen Tuduh Maskot Visit Malaysia 2026 Dibuat Menggunakan AI, Anak Pelukis Tampil Pertahan Bapa
View this post on Instagram
Tidak lama kemudian, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing memberi respon berkaitan isu video montaj tersebut.
Menurutnya, fokus utama video montaj berkenaan adalah untuk menampilkan keunikan Malaysia secara inklusif, justeru semua pihak diminta pihak agar tidak mempolitikkan isu berkenaan.
“Saya berharap semua pihak memahami video pelancaran seperti ini sememangnya tidak boleh terlalu panjang atau terperinci.
Malaysia mempunyai pelbagai keindahan dan keunikan di negara ini termasuk seni bina masjid yang memukau.
Untuk itu, elemen-elemen tersebut telah dimasukkan dalam video promosi yang lebih terperinci serta memaparkan setiap elemen dengan lebih khusus, di mana video ini dalam proses peringkat akhir dan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Mana-mana elemen yang menonjolkan seni, budaya dan daya tarikan pelancongan Malaysia secara menyeluruh akan disertakan dalam video tersebut seperti silat, tarian ngajat dan tarian sumazau yang melambangkan keindahan budaya dan semangat perpaduan negara,” katanya.
Beliau juga menegaskan, tujuan utama video montaj ringkas pelancaran Kempen TMM 2026 adalah untuk mempromosikan pelancongan, keindahan seni, budaya dan produk pelancongan Malaysia secara keseluruhan.
Ia termasuk perpaduan, perkembangan ekonomi serta hala tuju negara pada masa depan, bukannya mengenai agama atau perkauman.
Sumber: Sinar Harian