in

Tiada Persefahaman & Syiqaq Berpanjangan Punca Diana Danielle Fail Perceraian – Peguam

Diana Danielle Fail Cerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekitar jam 9 pagi tadi, pelakon Diana Danielle tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan bagi pendaftaran rujuk dan pemfailan permohonan perceraian terhadap suaminya, Farid Kamil.

Diana yang tersenyum manis dan mengenakan pakaian serba hitam itu juga dilihat hadir bersama peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kadir.


Menurut Diana, 33, dia menyerahkan semuanya kepada keputusan mahkamah dan hanya mengharapkan yang terbaik.

Diana 1

Saya harap yang terbaik untuk kami berdua. Saya rasa kalau panjang-panjangkan (kes perceraian) tak perlu. 

“Saya berserah sebab kita hanya merancang dan selebihnya kita tengok apa penghujungnya,” kata Diana.

Artikel berkaitan: “Memang sudah tidak boleh hidup bersama” – Diana Danielle Minta Peguam Bersedia Sejak Bulan Lalu

Artikel berkaitan: “Rujuk bukan untuk semua orang” – Diana Danielle Bakal Fail Cerai?

Peguam dedah punca perceraian 

Dalam pada itu, peguam pelakon wanita tersebut, Datuk Akberdin pula mendedahkan alasan Diana memfailkan perceraian adalah kerana tiada persefahaman dan syiqaq berpanjangan.

Tak boleh lagi hidup bersama dengan dia (Farid Kamil), tiada persefahaman… Tak perlu penjelasan secara detail, cumanya, tiada persefahaman dan syiqaq berpanjangan. 

“Kiranya bergaduhlah, bergaduh yang tak boleh dibaiki. Jadi di atas alasan itu, dia failkan permohonan cerailah,” katanya.

Terdahulu, Diana telah mengejutkan ramai apabila mendedahkan melalui media sosial bahawa dia mahu memfailkan cerai terhadap Farid pada 28 Oktober lepas.

Farid walau bagaimanapun menjelaskan rumah tangga mereka masih dalam keadaan baik dan kemarahan Diana itu disebabkan salah faham kecil serta mereka masih tinggal sebumbung.

Namun Diana menyangkal kenyataan tersebut dengan mengatakan dia sudah menghantar notis pindah rumah kepada Farid menerusi aplikasi WhatsApp.

Farid dan Diana sebelum ini pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos tahun lalu, namun difahamkan rujuk semula selepas 21 hari berpisah.

Kita doakan yang terbaik buat mereka ya.

Sumber: mStar, Gempak

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.