Semalam, pelawak Ali Puteh berkongsi video memaparkan dirinya hadir ke rumah balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali untuk membayar tuntutan saman bernilai RM75,000.
Namun, tindakan Ali itu dilaporkan tidak berjaya selepas pihak kakak iparnya dikhabarkan tidak menerima wang yang mahu diserahkan Ali, sebaliknya mahu dia membayar hutang tersebut di hadapan peguam.
Dalam video yang dimuat naik Hidayah, Ali menyatakan rasa tidak puas hati dengan tindakan Hidayah. Susulan itu, Ali meminta peguam mengatur tarikh perjumpaan mereka secepat mungkin.
Artikel berkaitan: “Saya datang nak bayar hutang tapi ditolak” – Ali Puteh Terkilan Adik Hidayah Masih ‘Cari Pasal’
Artikel berkaitan: “Boleh saya cium dia?” – Ali Puteh Datang Rumah Hidayah Untuk Selesai Hutang, Lepas Rindu Peluk Hamzah
@melodiberapi Semoga dipermudahkan urusan Ali Puteh dan juga kak iparnya Noor Hidayah #meloditv3 #noorhidayah #ceritaartismalaysia #fypシ゚viral #fypシ゚viral🖤tiktok #panas #aliputeh #hidayah
Atas faktor keselamatan
Terbaharu, peguam mewakili Hidayah, Tuan Ibrahim tampil dengan satu kenyataan menjawab spekulasi yang timbul berhubung bayaran saman terbabit.
Menurutnya, secara perundangan, tindakan Ali yang mahu menyerahkan sejumlah wang terbabit tidak salah.
Namun, atas faktor keselamatan, wang tersebut boleh diserahkan menerusi peguam atau pun menggunakan online transfer ke dalam akaun bank.
Ini disebabkan Ali datang ke rumah Hidayah pada jam 6.30 petang iaitu sudah menghampiri senja dan ketika itu turut dibuat secara live.
View this post on Instagram
“Apabila sejumlah wang sebegitu besar dibawa ke rumah Puan Hidayah, pada waktu senja dan dibuat secara live.
“Jadi semua orang akan tahu pada malam tersebut akan ada wang besar yang akan disimpankan dalam rumah Hidayah.
“Saya percaya Puan Hidayah tiada niat untuk menolak kecuali atas faktor keselamatan,” jelasnya.
Terdahulu, Ali juga berkesempatan untuk berjumpa dengan anak saudaranya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey selepas hampir empat tahun tidak bersua muka.
Sumber: Instagram