Musibah banjir yang melanda di wilayah Aceh, Sumatera Barat dan Sumatera Utara baru-baru ini dikatakan begitu dahsyat dalam beberapa tahun ini.
Dilaporkan, lebih 800 nyawa terkorban dan 600 mangsa masih hilang. Manakala lebih 2,500 orang cedera dan 3.3 juta penduduk terjejas.
Tidak hanya itu, puluhan ribu bangunan, termasuk rumah, sekolah dan jambatan, musnah sama sekali.
Dikatakan, pembalakan dan penerokaan sumber asli secara berleluasa didakwa menjadi punca utama banjir besar berlaku selepas ribut tropika yang membawa hujan lebat luar biasa, menurut kumpulan pencinta alam Indonesia.

Artikel berkaitan: “Tuhan, tolong munculkan anak saya” – Bapa Cari Gali Anak Yang Sudah 3 Hari Hilang Akibat Tanah Runtuh
Artikel berkaitan: “Dulu pasti insan ini datang” – Rakyat Indonesia Rindu Dengan Aisar Khaled Turun Padang Hulur Bantuan
Rakyat Indonesia bandingkan banjir Sumatera dengan Malaysia
Seorang pengguna laman Threads warga Indonesia yang meluahkan kebimbangan dengan situasi yang menimpa penduduk Sumatera membandingkan musibah banjir di sana dengan beberapa negeri di Malaysia.
Dia yang berkongsi beberapa klip video situasi banjir di Perlis yang berlaku baru-baru ini mengatakan banjir di negeri itu hanyalah akibat bencana alam tidak seperti di Sumatera.
“Tiada lumpur, tiada longgokan kayu.
“Ketahuilah, kami WNI (warga Indonesia) akan menjadi saksi di pengadilan akhirat,” tulisnya dengan menambah emoji kecewa.
View on Threads
Seorang lagi pengguna Indonesia berkata, banjir yang berlaku di Sumatera bukanlah sekadar bencana alam tetapi menjadi lebih parah apabila sebahagian besar kawasan ditimbus dengan lumpur akibat daripada longgokan kayu balak dari hutan yang dihanyutkan arus deras.
Rata-rata netizen Malaysia yang melihat perkongsian itu menzahirkan rasa simpati dan mendoakan agar banjir di Sumatera segera pulih.
Sumber: Threads
