Siapa je tak kenal Papa Zola, adiwira berperut boroi yang terkenal dengan tagline ‘kebenaran’.
Muncul di siri animasi BoboiBoy sejak musim pertama lagi, Papa Zola sememangnya menjadi watak yang digemari ramai orang kerana gelagatnya yang mencuit hati dan boleh dikatakan cakap tak serupa bikin.
Kejayaan filem BoboiBoy 1 dan 2 sebelum ini telah melonjakkan lagi nama Papa Zola sehingga studio penerbitan animasi itu, Mosta telah mencipta satu siri spin-off untuk watak itu dan anaknya, Pipi Zola.
Melalui akaun Facebook Nizam Abd Razak, CEO Monsta itu mengumumkan watak Papa Zola akan digugurkan dari filem BoboiBoy akan datang. Perkara ini dikatakan merujuk kepada komen dan maklum balas dari peminat-peminat animasi BoboiBoy itu sendiri.
https://www.facebook.com/nizam.razak/posts/10161716953493438
Ini kerana Monsta membuat keputusan untuk menggugurkan satu watak akibat terlalu ramai karakter yang perlu merebut masa di dalam skrin, dan akhirnya Papa Zola telah menjadi pilihan para peminat.
Dalam kenyataan lain, Nizam selaku pelakon suara kepada karakter Papa Zola turut berkongsi pengalamannya mencipta watak tersebut.
Saya fikir nak cipta watak yang bengong tetapi masih masuk akal. Watak yang bercakap benar tetapi juga selalu mengelat. Watak yang dibenci tetapi juga akan disayangi. Maka lahirlah idea figure mentor masuk air untuk BoBoiBoy: Papa Zola dengan tagline Kebenaran.”
Menurutnya lagi, watak ini sukar untuk ditulis kerana penonton perlu ada dalam garis emosi antara menyampah dan sayang. Papa Zola juga dikatakan perlu penuh dengan motivasi, tapi diselang-selikan dengan lawak basi.
Objektif kepada watak tersebut dikatakan tercapai apabila dilihat ramai juga netizen yang turut bersedih dengan ketiadaan watak itu dalam filem Boboiboy seterusnya. Sampai ada yang fitnah Adudu!
Walau bagaimanapun, Papa Zola akan terus menghiburkan hati semua peminatnya melalui siri kanak-kanak berjudul Papa dan Pipi.
Ala… lepas ni dah kuranglah lawak kebenaran tu…
Sumber: Facebook
Baca: “Sebijik weh” – Pelakon Suara Boboiboy Jadi Guru Sekolah, Pelajar Teruja Dengar Suara Ketika PdPR