Baru-baru ini, tular di media sosial serta aplikasi WhatsApp di mana seorang kanak-kanak dikatakan diculik oleh warga asing di Setia Alam, Shah Alam.
Pun begitu, pihak polis mengesahkan cubaan melarikan kanak-kanak berusia 12 tahun itu tidak pernah berlaku.
Menurut laporan Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Shah Alam Superintendan Ramsay Embol berkata kanak-kanak lelaki itu ditemui oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan berdekatan sebuah pusat beli belah.
Artikel berkaitan: “Saya tak kuat…” – Suami Menangis Isteri Buat Drama, Dakwa Diculik Rupanya Bermalam Dengan Lelaki Lain
Artikel berkaitan: Temui Petunjuk Baharu, Polis Siasat Suspek Culik Albertine Leo Mungkin Seorang Pedofilia

Polis sebelum itu menerima laporan pada jam 11.16 malam 28 Ogos daripada bapa kanak-kanak berkenaan yang didakwa diculik dua lelaki warga asing menggunakan sebuah kenderaan.
“Setelah siasatan terperinci dijalankan polis mendapati dakwaan kejadian culik tersebut tidak berlaku seperti mana yang tular di media sosial.
Setiap hari, mangsa akan mengikuti pengajian al-Quran pada waktu malam di surau berdekatan dengan rumahnya dari jam 8 hingga 9 malam dan pada hari kejadian mangsa tidak terus pulang ke rumah sebaliknya berjalan seorang diri menuju ke kawasan pusat beli belah dipercayai dengan niat ingin melarikan diri.
Mangsa kemudian diselamatkan oleh pasangan yang kebetulan melalui jalan itu dan sebelum dihantar pulang, mangsa dibawa ke sebuah stesen minyak di Setia Alam untuk membeli makanan.
Setelah selesai membeli makanan, mangsa meminta kebenaran untuk ke tandas dan terus membuat panggilan kepada bapanya. Kanak-kanak itu terpaksa mereka cerita (diculik) kerana takut dimarahi oleh bapanya,” katanya.
Beliau turut berkata, rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) juga tidak memaparkan perkara seperti yang diceritakan kanak-kanak itu.
Difahamkan, saksi sudah dikenalpasti dan dipanggil untuk dirakam percakapan dan kes dikasifikasikan sebagai No Futher Action (Tiada tindakan lanjut).
Sumber: Harian Metro