in

“Tiada kelibat Haaland, Pogba” – 10 Pemain Bintang Yang Tak Akan Beraksi Pada Piala Dunia 2022

Pemain Bintang Terlepas World Cup 2022

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjelang sepak mula Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar yang dijadualkan bermula pada 20 November 2022 sehingga 18 Disember 2022 nanti, pastinya ramai peminat sukan dan temasya paling berprestij tersebut sudah tidak sabar menyaksikan aksi daripada 32 negara yang akan bertanding.

32 buah negara yang berjaya layak akan dibahagikan kepada 8 kumpulan dan akan menempuhi 3 perlawanan sebelum ke peringkat 16 pasukan terbaik, sekiranya menang, 8 pasukan akan berentap di peringkat suku akhir sebelum melangkah ke perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir yang akan berlangsung pada jam 6 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).


Menurut ramalan penganalisa sukan, juara lima kali, pasukan Brazil akan memenangi edisi kali ini dan ianya berdasarkan analisa yang dilakukan terhadap kesemua jadual perlawanan dan status mereka sebagai pasukan yang menduduki tangga pertama dalam ranking dunia FIFA.

Fg X98Sxgai9D2L

Pun begitu, rata-rata peminat agak terkejut dengan pemilihan skuad kendalian Adenor Leonardo Bacchi atau dikenali sebagai Tite berkenaan kerana dia meminggirkan nama-nama besar seperti Philippe Coutinho (akibat kecederaan), Andreas Pereira dan paling mengejutkan, tonggak serangan pasukan Liverpool, Roberto Firmino.

Namun, bukan Firmino sahaja pemain bertaraf bintang yang akan terlepas Piala Dunia FIFA 2022 ini, berikut adalah senarai pemain-pemain bertaraf bintang yang tidak akan beraksi di kejohanan tersebut.

10. Paul Pogba (Perancis)

Selepas perpindahan semula ke Juventus, pemain tengah ini belum dapat diturunkan dan berkemungkinan besar tidak akan diturunkan langsung walaupun selepas aksi piala dunia.

Pogba difahamkan telah menjalani pembedahan lutut yang secara tidak langsung tidak membenarkan beliau beraksi dan ketiadaannya pada edisi kali ini bakal merencatkan pasukan Perancis untuk mengekalkan kejuaraan tersebut.

9. N’Golo Kante (Perancis)

Kante merupakan salah seorang bintang yang boleh dikatakan underrated namun mempunyai gaya permainan yang mampu mengubah keputusan perlawanan.

Mula meningkat naik selepas membantu Leicester dan pasukan Perancis memenangi Piala Dunia 2018, Kante hanya bermain 2 perlawanan musim ini sebelum dilanda kecederaan hamstring pada Ogos.

8. Georgino Wijnaldum (Belanda)

Wijnaldum

Pemain tengah Belanda yang menyertai pasukan Roma secara pinjaman ini telah mengalami patah tulang tibia ketika sedang menjalani latihan.

Beliau difahamkan akan direhatkan selama lima bulan dan sekiranya proses rehabilitasinya berjalan lancar, Wijnaldum akan kembali beraksi pada bulan Disember nanti.

7. Timo Werner (Jerman)

Bekas pemain Chelsea yang kini menyarung jersi pasukan RB Leipzig yang berpangkalan di Jerman ini mengalami kecederaan pada bahagian ligamen buku lali ketika perlawanan Liga Juara-Juara menentang Shakhtar Donestsk baru-baru ini dan penyerang tersebut terpaksa dibawa keluar selepas minit ke-19 dalam perlawanan yang menyaksikan pasukannya menang 4-0.

Sementara itu, pasukan Jerman yang diundi dalam kumpulan E bersama Sepanyol, Costa Rica dan Jepun ini akan memulakan kempen dengan menentang pasukan Jepun pada 23 November di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha.

6. David De Gea (Sepanyol)

Penjaga gol utama Manchester United, David De Gea tidak tersenarai dalam pemilihan skuad 26 orang pemain oleh Luis Enrique dalam penampilan ke-12 berturut-turut pasukan Sepanyol di kejohanan Piala Dunia FIFA ini.

Sebaliknya, pengendali tersebut dikhabarkan akan menurunkan Unai Simon sebagai penjaga gol utama dan menyenaraikan Robert Sanchez dari Brighton dan juga David Raya dari kelab Brentford.

Selain De Gea yang digugurkan atas faktor taktikal, antara bintang yang tidak akan membuat penampilan termasuklah pemain bertaraf lagenda Sergio Ramos, Marcos Alonso dan Thiago Alcantara.

5. Erling Haaland (Norway)

308720413 541728224619592 1474790677923029965 N

Boleh dikatakan sebagai nama yang gah dalam bola sepak dunia, Erling Haaland yang merupakan penjaring terbanyak dalam saingan Liga Perdana Inggeris setakat ini tidak akan beraksi pada piala dunia nanti kerana pasukan Norway gagal untuk melayakkan diri.

Pemain berusia 22 tahun berkenaan hanya diturunkan sebanyak 6 daripada 10 perlawanan dan tanpa kehadirannya dalam padang, pasukan Norway hanya mencatatkan satu kemenangan.

4. Mohamed Salah (Mesir)

Prestasi pasukan Mesir pada tahun 2022 agak mengecewakan, tewas kepada Senegal pada saingan piala AFCON, mereka juga tewas kepada Afrika Selatan pada perlawanan play-off piala dunia.

Walaupun terlepas untuk beraksi di Piala Dunia 2022, pasukan Mesir akan mengorak langkah bagi perlawanan kelayakan AFCON yang akan berlangsung pada 20 Mac 2023 dan dijadualkan menentang pasukan Malawi.

3. James Rodrigues (Colombia)

1602090 737323776315133 542797711035804279 O

Walaupun mempunyai barisan pemain yang tidak kurang hebatnya, pasukan Colombia tidak berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia 2022.

Pemenang kasut emas pada tahun 2014 ini terpaksa melupakan hasratnya untuk beraksi dan kalau nak diikutkan, beliau seakan-akan ‘dilupakan’ selepas meninggalkan Everton sebelum mewakili kelab dari Qatarm Al-Rayyan dan kini Olympiakos.

Pun begitu, pasukan dari Amerika Selatan ini berjaya naik 17 anak tangga dalam raking dunia dan pastinya akan merencanakan sesuatu untuk kelayakan Copa America pada 2024 nanti.

2. Marco Reus (Jerman)

Setelah mengakhiri kempen 2018 di tempat tercorot peringkat kumpulan dan tewas kepada England dalam kejohanan Euro 2020, Jerman melakukan rombakan besar-besaran dengan melantik bekas pengurus Bayern Munich, Hansi Flick.

Menerima nasib yang sama seperti Werner, Reus mengalami kecederaan buku lali dan tidak tersenarai dalam skuad Jerman kali ini.

1. Zlatan Ibrahimovic (Sweden)

Walaupun mengumumkan persaraan daripada arena antarabangsa pada 2016, Ibrahimovic kembali menguatkan pasukan Sweden pada kejohanan Euro 2020.

Pun begitu, pasukan Sweden tewas pada perlawanan play-off menentang Poland yang menyaksikan pasukan tersebut terlepas peluang untuk ke Piala Dunia FIFA dua edisi berturut-turut dan peluang terakhir Ibrahimovic untuk membuat penampilan di kejohanan paling berprestij tersebut.

Berikut adalah jadual kesemua perlawanan FIFA World Cup 2022 Qatar yang akan berlangsung tidak lama lagi :

2022Fwc Qatar Match Schedule V34B 11082022 En International Use Page 0001

Agak-agak pasukan mana yang akan memenangi kejohanan ni nanti ye? 

Baca : Kisah Disebalik Fesyen Rambut Pelik Jadi Ikutan, Ronaldo Mohon Maaf Kepada Ibu-ibu Seluruh Dunia

3Ronaldo

Sumber: Goal
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: FIFA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.