Bekas Perdana Menteri ke-6 Malaysia, Najib Razak kini sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun di Penjara Kajang atas kesnya yang berkaitan SRC International.
Dalam laporan The Star, bekas perdana menteri itu ditempatkan di sel pengasingan itu menjaga keselamatannya sebagai banduan berprofil tinggi, pun begitu Najib tidak diberikan layanan istimewa.
“Keselamatan sudah tentu akan diperketatkan bagi memastikan keselamatannya semasa dipenjarakan kerana dia adalah bekas pemimpin.
Makanannya juga sama seperti banduan lain, lima kali sehari. Jika dia memerlukan diet khas atas sebab kesihatan, ia perlu disyorkan oleh pegawai perubatan,” menurut sumber.
Selain itu, Ahli Parlimen Pekan itu perlu mandi air sejuk di dalam selnya dan hanya satu kipas dipasang di situ, disebabkan itu Najib dikatakan mengalami ruam di lehernya akibat keadaan yang agak panas.
“Dalam sel Najib suis pun tiada. Najib ada alahan, kalau tidur boleh berhenti bernafas, jadi kena pakai satu mesin. Malah mesin itu pun kena tarik wayar,” tulisnya.
Najib bagaimanapun diberi akses kepada buku dan alat tulis untuk membantunya menghabiskan masa dengan syarat ia mendapat kelulusan warden penjara.
Baca: “Tidak sahih” – Jabatan Penjara Malaysia Nafi Najib Ditempatkan Di Rumah Pegawai