in

“Tiada istilah kami menyorok” – Penggawa Perjelas Kenapa Tindakan Asingkan Barang Sumbangan Khairul Aming Adalah Betul

Ft Sumbangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular satu isu apabila individu yang didakwa sebagai mangsa banjir menunjukkan tindakan penghulu di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tumpat 1 mengasingkan barang sumbangan yang diberikan oleh pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming.

Susulan dengan penularan itu, Penggawa Jajahan Tumpat, Abdullah Farizal Mohd Asri menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan oleh pelaku itu adalah betul. Jelasnya, langkah itu bertujuan memastikan sebarang bentuk bantuan diagihkan secara adil kepada mangsa banjir.


2913929

Artikel berkaitan : “Sanggup asingkan barang” – Mangsa Banjir Di PPS Dakwa Tok Penghulu Catu Barang Bantuan Khairul Aming?

Artikel berkaitan : “Betapa baiknya orang kita” – Khairul Aming Dedah Sisi Positif Rakyat Malaysia, Ramai Salur Bantuan Untuk Mangsa Banjir

“Pihak yang bertanggungjawab terhadap PPS akan berbuat demikian. Hal ini kerana NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang beri sumbangan mereka tidak tahu jumlah penghuni PPS, jadi barangan diterima akan diasingkan dan dibahagikan.

“Nampak barangan sumbangan banyak tetapi apabila dibahagi kepada jumlah mangsa banjir yang ada, mungkin akan dapat sedikit.”

“Tiada istilah kami menyorok atau berbuat sesuka hati dengan barangan sumbangan.” 

Tambah beliau, jika betul ada dakwaan seperti itu pihak berkenaan boleh kemukakan bukti dan membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Sebelum ini tular di TikTok dakwaan orang ramai bahawa barangan sumbangan Khairul Aming telah diasingkan dan mangsa banjir dipercayai hanya menerima sebungkus biskut serta mi segera sahaja.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.