Video tular memaparkan seorang gelandangan diperlakukan tanpa belas ihsan dengan disiram air dan ditendang oleh dua orang individu kerana tidur di laluan kaki lima sebuah bangunan telah mengundang kemarahan orang ramai.
Ramai yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan menyeru pihak berkuasa segera menyiasat insiden terbabit.

AmBank mohon maaf
Susulan video itu menjadi bualan ramai, AmBank tampil mengeluarkan permohonan maaf atas insiden yang berlaku.
Artikel berkaitan: “Biadab & kurang ajar” – Netizen Selar Tindakan 3 Lelaki Beri Nasi & Tulang Ayam Kepada Gelandangan
Artikel berkaitan: Beri Baju Yang Dipakai Kepada Gelandangan Kesejukan Di Tepi Jalan, Ramai Kongsi Sikap Mulia Pakcik Ini
Dalam satu kenyataan, pihaknya meluahkan rasa sedih dan prihatin dengan insiden tersebut yang dipercayai berlaku di luar cawangan Taman Maluri, Kuala Lumpur.
Pihaknya turut menegaskan bahawa keselamatan di sekitar premis bank itu adalah keutamaan mereka.
“Kami amat sedih dan prihatin dengan apa yang berlaku. Tiada individu wajar dilayan sebegitu rupa.
“Kami sedang bekerjasama dengan semua pihak berkuasa dan adalah matlamat kami bagi memastikan perkara seumpama ini tidak berulang,” katanya.
Menurut AmBank, pengawal keselamatan dalam video terbabit adalah pekerja penyedia perkhidmatan keselamatan luaran yang dilantik oleh bank itu.
Manakala lelaki kedua dipercayai seorang tukang kasut yang kurang senang dengan kehadiran gelandangan itu.

“Walau bagaimanapun, kami mengharapkan semua kakitangan yang mewakili bank kami, termasuk vendor dan rakan kongsi, untuk menegakkan tingkah laku profesional yang tertinggi,” katanya.

Sumber: Malaysiakini
