in

“Thomas Edison tak cipta mentol?” – Ini 3 Pencipta Yang Sebenarnya Tak Layak Pun Dapat Kredit

Collage 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masa dekat sekolah dulu korang mesti ada belajar pasal pencipta-pencipta terkenal kan? Macam Thomas Edison, Alexander Graham Bell dan ramai lagilah. Sampai sekarang pun kalau orang tanya mesti korang masih ingat lagi siapa pencipta sesuatu alat.

Tapi korang tahu tak sebenarnya, pencipta-pencipta terkenal ni sebenarnya tak layak pun terima kredit dari ciptaan yang buat dorang famous ni, kalau korang nak tahu siapa, dan orang asal yang sepatutnya dapat kredit, baca artikel dekat bawah ni!


Artikel berkaitan: 7 Pencipta Hebat Yang Terbunuh Dengan Alat Ciptaan Mereka Sendiri

Artikel berkaitan: Banyak Negara Islam Tolak Watak Yaya Bertudung, Ini Pendedahan Oleh Pencipta BoBoiBoy

1. Alexander Graham Bell bukan pencipta telefon

Alexander Graham Bell Telephone Link Chicago New October 18 1892.Jpg

Pada 2 Jun 1875, Alexander Graham Bell dan pembantunya Thomas Watson sedang mengerjakan telegraf harmonik iaitu satu alat yang akan menghantar bunyi pada jarak jauh melalui getaran jalur besi yang dicas menggunakan arus.

Tapi, apabila salah satu jalur besi tersebut gagal memberikan respon kepada arus, Bell menyangka bahawa jalur tersebut telah tersangkut kepada magnet yang digunakan untuk mengalirkan arus dan menyuruh Watson untuk mengambil jalur tersebut menggunakan tangannya.

Apabila Watson mengambil jalur tersebut, Bell telah mendengar bunyi dari penerima yang jauh dan mereka telah berjaya menghantar bunyi pada jarak jauh.

Sebulan kemudian mereka berjaya menghantar suara manusia di mana perkataan pertama Bell katakan adalah: “Mr Watson, come here, I want to see you”. Selepas beberapa bulan memperbetulkan ciptaan tersebut, pada 7 Mac 1876, Bell di anugerahkan dengan US Patent 174,465 dan telefon pun mula tercipta seperti yang kita tahu.

Siapa sebenarnya yang layak dapat penghargaan?

Unknown

Drama sebenar berlaku sebulan sebelum paten tersebut diberikan. Pada Hari Valentine 1876, ada dua orang lelaki telah berlumba untuk ke Pejabat Paten dan orang pertama yang sampai dulu bukan Alexander Graham Bell, tapi Elisha Gray.

Gray telah menjalankan eksperimen membuat alat penghantar bunyi yang sama dengan Bell tapi menggunakan cecair penghantar. Pada pagi 14 Februari, peguam Gray telah hadir ke Pejabat Paten awal dan menyerahkan kertas kerjanya.

Sebelum tengah hari, peguam Bell pula tiba di pejabat tersebut dan tak tahu sama ada melalui paksaan ke apa tiba-tiba kertas kerja Bell dapat diteliti dahulu dan difailkan dengan segera.

Bukan sahaja Gray sempat sampai dulu ke Pejabat Paten, malah ramai sarjana mendakwa kertas kerja yang Bell failkan pada hari tersebut terdapat satu seksyen yang dicuri dari Gray. Malah, pemeriksa yang menyemak kedua-dua kertas kerja tersebut juga melihat perkara ini sehingga dia telah menggantung permohonan Bell selama 90 hari.

Pun begitu, Bell dan peguamnya berjaya memujuk pemeriksa tersebut untuk membatalkan penggantungan tersebut selepas mereka berikan kertas kerja yang menunjukkan penggunaan cecair penghantar yang menunjukkan cara tersebut tidak digunakan pada telefon. Pemeriksa tersebut berjaya diyakinkan dan paten itu telah menjadi milik Bell.

2. Thomas Edison bukan pencipta mentol

Gettyimages 538349053 58F845A25F9B581D59Cf5213

Pada 22 Oktober 1879, Thomas Edison telah berjaya menguji mentol lampu pijar untuk menyala selama 13.5 jam. Sebulan kemudian, paten tersebut telah menjadi miliknya dan ciptaannya itu sehingga sekarang telah memberikan cahaya kepada penduduk di seluruh dunia.

Teori yang mengatakan bahawa Edison bukan pencipta asal mentol memang dah lama diperkatakan. Malah, memang fakta mendedahkan ada ramai pencipta yang berjaya mencipta lampu pijar di seluruh dunia sehingga 80 tahun sebelum Edison.

Bagi orang-orang yang mempertahankan Edison, mereka akan mengatakan bahawa lampu pijar sebelum Edison memang dah ada tapi tak mampu nak kekal bercahaya dalam jangka masa yang lama.

Pun begitu, mereka tak dapat nak terangkan ciptaan seorang lagi lelaki lain, Joseph Swan.

Ketika Edison ciptakan mentolnya, dia telah menggunakan cara yang telah digunakan oleh ramai orang sebelumnya iaitu menggunakan mentol kaca, vakum untuk menyedut udara dan wayar untuk membekalkan tenaga dan satu bentuk jalur atau rod untuk mendapatkan arus sekaligus memanaskannya dan mewujudkan cahaya. Tapi cara terakhir ini yang paling penting dan susah.

Ramai yang telah cuba menggunakan platinum untuk rof tersebut kerana ia boleh menahan panas, tapi walaupun beberapa cubaan telah dibuat, cahaya tersebut tak dapat bertahan lama dan orang yang boleh mendapatkan cahaya yang terang dan lama akan menjadi orang yang berjaya mencipta lampu.

Akhirnya rod yang sesuai telah berjaya ditemui oleh Edison tapi ianya tak akan terjadi tanpa Joseph Swan. Ini kerana, Swan telah mengetahui bahawa rod yang sesuai digunakan adalah karbon dan dia dah tahu sejak 1850, dah lama sebelum Edison.

Tapi pada ketika itu, vakum masih belum kuat dan Swan telah mengabaikan ciptaannya. Pada tahun 1870, vakum telah diperbaharui dan Swan telah kembali memulakan eksperimennya dan berjaya menghidupkan mentol karbonnya.

Di akhir tahun 1878, setahun sebelum Edison, Swan mula membuat demo secara terbuka untuk mentol karbonnya. Namun pada ketika itu, rod karbon Swan terlalu tebal dan menyebabkan lampunya tak bertahan lama tapi Edison telah memfailkan paten tersebut sebelum Swan menemui rod yang lebih baik dari Edison. Walaupun mentol Edison menggunakan rod yang lebih nipis, ia dilihat sama seperti mentol Swan.

Mahkamah di Britain, tempat asal Swan telah menyokong tuntutan Swan terhadap mentol tersebut dan membenarkan Edison untuk menjual mentol sekiranya dia bekerjasama dengan Swan. Walaupun rod Edison yang lebih nipis telah memberikan perbezaan yang besar pada awalnya, tapi ciptaan rod selulosa Swan yang telah menjadi standard industri pada hari ini.

3. Wright Brothers bukan orang pertama buat penerbangan

Wright Brothers 5D1A0C6A B761 455C B6D4 13Bb1B013993

Pada 17 Disember 1903 di Kitty Hawk, North Carolina, pencipta terkenal Orville dan Wilbur Wright telah dianggap sebagai orang pertama yang membuat penerbangan. Ini kerana, pada jam 10.35 pagi Orville telah membawa kapat terbang mereka selama 12 saat dan terbang setinggi 120 kaki di ketinggian 10 kaki atas tanah.

Momen bersejarah tersebut telah disaksikan oleh lima lelaki lain dan sempat dirakamkan sehingga tak lama selepas itu, Wright Brothers telah menjadi selebriti dan semua orang mengesahkan bahawa mereka merupakan orang pertama yang dapat terbang. Hari ini, kapal terbang asal tersebut dipamerkan di Institusi Smithsonian.

Tapi kalau diambil kira kriteria penerbangan iaitu kapal terbang tersebut perlu dijana secara mekanikal, ia perlu dipandu dan ia perlu lebih berat dari udara dan boleh terbang atas kawalan orang.

Kalau mengikut kriteria ini, ada seramai tiga orang telah berjaya membuat penerbangan sebelum Wright Brothers.

Pertama, Clément Ader, dia telah menerbangkan pesawat berbentuk kelawar yang dijanakan oleh wap pada 9 Oktober 1890. Pesawat ini telah berjaya diterbangkan setinggi 160 kaki dan seluruh dunia menerima bahawa ia merupakan pesawat pertama yang berjaya diterbangkan. Tapi ekoran tak ada pesawat pada era tersebut yang boleh terbang di udara untuk jangka masa yang lama, agar sukar untuk dipastikan sama ada pesawat tersebut telah terbang atau hanya melompat.

Kemudian pada 14 Ogos 1901 Gustave Whitehead dikatakan telah menerbangkan satu mesin yang berat dari udara di Connecticut. Walaupun kejayaannya ini memenuhi semua kriteria penerbangan, tapi tak ramai yang percaya.

Whitehead Drawing Plane 768X259 1

Walaupun kisah Whitehead telah disiarkan di akhbar-akhbar tempatan dan beberapa saksi telah menyokong dakwaan tersebut, sehingga hari ini ada orang masih tak percaya dengan kejayaan tersebut.

Akhirnya, pada 31 Mac 1903, beberapa bulan sebelum Wright Brothers, Richar Pearse yang tinggal di pedalaman New Zealand dikatakan telah membuat penerbangan. Seramai 20 saksi mengatakan perkara itu terjadi dan kerajaan New Zealand turut menyokong dakwaan tersebut.

Malah banyak beberapa buku dan media turut membuat liputan mengenai perkara ini dan mengatakan sebahagian dari pada kapal terbang tersebut telah ditemui. Namun begitu, disebabkan Pearse seorang yang pendiam dan tinggal di kawasan pedalaman serta kekurangan bukti, dakwaan tersebut telah dilupakan.

Uish scam ke masa belajar dulu?

Sumber: ati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.