in

“This is football!” – 5 Momen Indah Sepanjang Piala AFF Buat Ramai Tersentuh

momen aff

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric kini menghampiri ke pentas akhir, pertembungan di antara Vietnam dan Thailand bakal memperlihatkan negara mana yang bakal merangkul piala yang penuh prestij itu.

Walaupun pasukan Harimau Malaya, tumpas di tangan Thailand dalam perlawanan separuh akhir kedua di Thammasat Stadium, Thailand semalam tetapi semangat juang serta ketangkasan kesemua wira-wira kita wajar diberikan pujian.


Pun begitu, tak dapat dinafikan terdapat momen-momen yang positif dan sukar untuk dilupakan dapat dirakam ketika perlawanan itu berlangsung yang pastinya membuatkan ramai peminat sukan bola sepak terharu.

#1 Penyokong Vietnam Sorak Untuk Thailand

Walaupun bermusuh di padang, namun semangat kesukanan penyokong Vietnam dapat dilihat apabila mereka bersorak untuk negara jiran mereka iaitu Thailand.

https://twitter.com/nhu728qi/status/1613008015183208449?s=20&t=8-EqDgL8DtPlxr_bUkVziw

Meriah betul nampak, tak sabar nak tengok kedua-dua pasukan ini di final nanti! 

#2 Coach kena kad kuning? 

Semalam, berlangsung perlawanan separuh akhir kedua antara Malaysia dan Thailand di Thammasat Stadium, Thailand.

Walaupun Malaysia tewas, namun antara momen yang mungkin kurang positif tetapi bakal diingati sampai bila-bila adalah apabila kedua-dua jurulatih Kim Pan Gon dan Alexandre Polking diberikan kad kuning oleh pengadil selepas membantah dan mengganggu perlawan tersebut.

Aiyo!

#3 Theerathon minta penyokong Thailand bertenang 

Theerathon Bunmathan atau dikenali sebagai Aum, merupakan kapten pasukan Thailand yang terkenal kerana sangat peramah dan suka menyantuni peminat-peminatnya.

Ketika perlawanan menentang Malaysia semalam, beliau telah menenangkan penyokong-penyokong Thailand yang dikatakan ingin melakukan provokasi terhadap Ultras Malaya yang berada di Stadium Thammasat.

Salute! FYI, beliau juga pemain kelab Perak tau! 

#4 Gol paling cute!

Sejurus tamat perlawanan, pemain Thailand, Jakkapan Praisuwan dilihat membawa seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai anaknya turung ke padang dan menjaringkan gol, ianya sesuatu yang sangat comel dan ramai yang ‘cair’.

Terpaling cute lah penjaring gol ni!

#5 The Beautiful Game

Semalam, akaun Twitter rasmi FIFA berkongsi sebuah video yang memaparkan penyokong negara Malaysia atau Ultras Malaya yang berada di Thammasat Stadium menyanyikan chant bagi menunjukkan tanda hormat serta mengucapkan tahniah kepada pasukan Thailand.

Selain makanan dan budaya, sukan seperti bola sepak adalah sesuatu yang boleh menyatukan ramai orang tidak kira negara, bangsa dan agama.

Walaupun ada ketidaksefahaman dari mana-mana segi, namun apabila bercakap tentang bola sepak, semuanya mempunyai persamaan iaitu menjadi pemain ke-12 untuk pasukan kegemaran mereka.

Jangan lupa terus berikan sokongan jitu kepada Harimau Malaya ok?

Baca: “Ingat penyokong mesin ATM ke?” –  Peminat Bola Sepak Marah Tiket Perlawanan AFF Terlalu Mahal?

Tiket Aff Mahal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.