in

“This is a good song” – Gadis Terkedu Member Jepun Suka Laungan Azan

JEPANG HEAD

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap seorang dari kita mesti pernah ada walau sorang kenalan dari luar negara selain daripada Malaysia. Biasanya, kita akan berhubung atau kenal rapat dengan orang dari luar ni menerusi aplikasi seperti ‘Omegle’, ‘Friender’, ‘Ablo’ dan macam-macam lagi.

Selain daripada suka belajar adat dan budaya Malaysia, pernah tak kawan korang dari luar negara ni yang pernah dengar azan dan automatik suka? Yang paling terkedu sekali bila dorang ni tak cam laungan azan tapi pada mereka azan tu sedap betul dah macam lagu.


Baru-baru ni kat Twitter @AisyaZainal ada kongsikan tentang kawan lelaki dari Jepunnya @sin_kun5 yang membuatkan dia terkedu. Haa korang mesti nak tau tentang apa kan?

Dalam posting Aisya ni, gadis ni kongsikan yang dia dan kawan dari Jepunnya keluar dinner sama-sama dan pada ketika tu, azan tengah berkumandang. Apa yang terkedu dan terujanya kat sini bila kawannya cakap azan tu adalah lagu yang sedap. Min baca pun terharu tau!

Kalau tengok kat bahagian komen pulak, ramai juga turut kongsikan pengalaman dorang sendiri sewaktu mengalami situasi yang sama dengan kawan international dorang ni. Jom kita baca satu-satu…

“Dulu, saya selalu bukak ayat Al-Quran, so alunan tu still boleh dengar, tak sangka pulak kawan saya kata macam dengar lagu kat background” – Komen netizen

“Hani, lagu (azan) apa ni? Saya terdengar pagi ni dekat hotel” – Komen netizen

 

JAPAN

Kiranya ramai jugak netizen yang dah share pengalaman kawan dorang dari macam-macam negara ni bila dengar azan dan ayat Al-Quran.

Korang ada tak kawan international yang macam ni? Mesti terhibur kan dengan dorang?

Baca: “Jepun Larang Pelajar Perempuan Ikat Rambut Ponytail Sebab…”

pony

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.