in

The Knights Award Musim-3 – Edisi Global Berlangsung Meriah, 44 Syarikat & Individu Menerima Anugerah Kehormat

Ft Tka3

Majlis penganugerahan The Knights Award yang meriah dan menakjubkan di Dewan Filharmonik PETRONAS,KLCC (Pusat Bandaraya Kuala Lumpur) – baru-baru ini, menandakan sambutan kecemerlangan anugerah itu.

Diasaskan oleh Dr. Zyro Wong, The Knights 2024 Musim 3 – Edisi Global ini dengan bangganya dibawakan oleh Mee Hiris China Muslim dan turut disokong oleh Commonwealth Youth Innovation Centre, yang dianggotai lebih daripada 56 negara anggota. Majlis anugerah berprestij itu turut dihadiri oleh ramai VVIP dan diplomat.

Photo 12

Photo 9 1

Photo 14 1

Yid 6299

Antaranya tetamu kehormat yang hadir termasuklah :

  • Antaranya tetamu kehormat yang hadir termasuklah :
    • Honorary Advisor: Y.M. Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M. Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj – Director of iKhasas Group
    • Special Advisor: Tan Sri Dato’ Sri Ong Tee Keat – Founding President of the Malaysia-China Silk Road Chamber of Commerce
    • His Royal Highness Prince Norodom Naravong of the Kingdom of Cambodia
    • General Surapon Tapananont – The Royal Thai Army
    • Rizal Nainy – Chief Executive Officer of SME Corp Malaysia
    • Council of Lords from the European Union Region – Juan Jose Delgado
    • Council of Lords from Hong Kong, Kelvin Chan

Selain itu, ramai pemimpin industri terkemuka yang berperanan sebagai ‘Council of Lords’ berserta rakan kongsi sokongan turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis penganugerahan tersebut.

Majlis gilang-gemilang ini turut menonjolkan ramai tokoh berprestij, ikon perniagaan, selebriti tempatan dan antarabangsa serta pelbagai organisasi yang cemerlang dalam pelbagai bidang dan industri masing-masing.

Photo 11 1 Photo 3 2 Photo 7 Photo 8

Yid 6256

Tahun ini, The Knights Award mencapai kejayaan penting dengan menganjurkan dua acara utama di dua mercu tanda paling ikonik di Malaysia. Jun lalu, sebuah sidang akhbar diadakan di Menara KL, diikuti dengan Majlis Penganugerahan berprestij pada Oktober di Dewan Filharmonik Petronas.

Menariknya musim ini, lebih 30% daripada senarai pemenang terdiri daripada bakat antarabangsa dan telah berjaya menyerlahkan impak global dan menerusi capaian The Knights Award.

Antaranya, Daniel Powter: penyanyi Hollywood yang terkenal dengan lagu hit “Bad Day,” telah menarik lebih 600 juta pendengar di Spotify dan menjual lebih 25 juta salinan lagu selepas dilancarkan di Warner Bros. Records. Penyanyi itu membuat penampilan pertamanya di Malaysia sebagai penyanyi jemputan dan juga penerima Anugerah The Knights Award Musim 3.

Whatsapp Image 2024 10 16 At 10.01.38 Pm

Anugerah Knights 2024 Musim 3 – Edisi Global dalam masa yang sama turut mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada 44 personaliti dan syarikat yang cemerlang daripada pelbagai industri. Terdapat tiga kategori anugerah yang diberikan pada malam penganugerahan tersebut.

The Duke Award

The Duke Award merupakan pengiktirafan tertinggi diberikan kepada individu atau organisasi yang luar biasa dalam The Knights Award ini. Pemenang anugerah ini diberikan penghormatan tertinggi, ekoran kejayaan mereka dalam menjadi peneraju, dan unik dalam bidang masing-masing. Mereka yang diberikan penghormatan ini turut menjadi lambang ketokohan, kecemerlangan dan kepimpinan.

Penerima anugerah The Duke Award untuk kategori individu termasuk;

  1. Daniel Powter, International Timeless Singer of the Year (North America).
  2. Dr. Yusuf Bhai, The Legendary Perfumer Of All Time (UAE).
  3. Dato’ Sri Bernard Chandran, The Most Celebrated Fashion Icon Of The Year.
  4. Felix Demin, The Most Inspiring Entrepreneur Of The Year.
  5. Law Lan, Lifetime Achievement Award – The Iconic Woman Of The East (Hong Kong).

Manakala, penerima untuk sektor Korporat termasuk:

  1. ASTRO, The Top Media Network Of All Time.
  2. Hainan Longpan Oilfield Technology, Outstanding Offshore Oilfield Technology (China).
  3. Welcome2Print Sdn Bhd, The Top ESG Printing House Of The Year.
  4. KL Tower, The Iconic Telecommunication Landmark Of The Year.
  5. TIGROX TIGER MILK KING, The Top Functional Food For Lung Wellness Of The Year.

Photo 25

The Earl Award

Sementara itu, kategori Earl pula diberikan kepada mereka yang mencipta kejayaan cemerlang menerusi sumbangan yang diberikan terhadap bidang masing-masing. Melangkaui semua piawaian, penerima bagi kategori ini mempamerkan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada hasil kerja yang unggul dan mampan.

463649006 18471009823044897 6515467593620184134 N

Anugerah Kategori Earl untuk pencapaian peribadi telah diberikan kepada : Lara Maigue dari Filipina, Albert Nico, Goh Liu Ying, Kien Lim, (Dr) Eric Ang, Master Suyen Lim, Profesor Dr Tan Yen Wooi, Dato Vincent Nee, Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin, Enkh-Erdene Otgonbaatar dari Mongolia, Philip Keung dari Hong Kong dan Putri Ariani dari Indonesia.

Photo 2

Photo 13

Photo 24

Manakala pemenang korporat termasuk; Nicol David Organization (NDO), Marq Academy, TY & TWC Roller Shutter Sdn Bhd, Juss, Cubebee Design Sdn Bhd, Naqiz & Partners, Mee Hiris China Muslim, Bear Boss Buddies, Chamrun AI Australia, Bingxue, Trendy Bakery & Confectionery (M) Sdn Bhd, KL Hop On Hop Off dan LJACK (M) SDN BHD.

The Baron Award

Akhir sekali, kategori Baron pula merupakan penghormatan luar biasa yang mengiktiraf penggerak dan pemacu industri yang semakin meningkat naik. Disokong oleh semangat dan bakat luar biasa, pemenang dalam kategori ini adalah ‘kuasa besar’ yang sering hadir dengan idea, inovasi dan kepintaran yang berjaya mengubah landskap perniagaan hari ini.

Sa102670

Photo 15

Penerima anugerah kategori Baron untuk individu termasuk; Syed Farouq, Fatemeh Shadmanizadeh dari Iran dan Peter Rosalita dari Abu Dhabi.

Manakala bagi kategori korporat, penerima anugerah ialah The Joi dari Thailand, Xiins Aesthetic, Lesung Saigon dari Vietnam, Ninja Private Kitchen, Rich Talents International College dan ICHI YAMA TAKA KABUSHIKI dari Jepun.

Photo 22

Sa102764

The Knights Award bukan hanya acara anugerah yang mengejar glamor semata-mata, tetapi ia adalah usaha yang berterusan bagi memperkasakan pemenang melalui pelbagai saluran seperti padanan perniagaan, platform rangkaian elit, transformasi perniagaan, lawatan korporat serta menggalakkan semangat setiakawan dan pertumbuhan bersama di kalangan pemenang itu sendiri.

Dengan kejayaan dan perkembangan platform yang berterusan, The Knights Award berbangga untuk menyumbang kepada peningkatan Malaysia sebagai hab keusahawanan dan inovasi, memupuk kerjasama merentas industri dan merentas sempadan dengan slogan “Bond, Build & Bloom” . Anugerah Knights 2024 Musim 3 – Edisi Global yang dengan bangganya dibawakan oleh Mee Hiris China Muslim ini, menjadi bukti semangat keusahawanan yang jitu dan menempuh segala kemungkinan tanpa had khasnya bagi mereka yang berani bermimpi.

Menerusi penganjuran kali ini, Anugerah Knights 2024 Musim 3 – Edisi Global akan terus melangkah ke hadapan, merekodkan sebuah lagi pencapaian yang luar biasa dan perkembangannya di seluruh pelusuk dunia. Untuk dapatkan maklumat lanjut atau sebarang kemas kini, boleh ikuti laman sosial The Knights Award di Facebook dan juga Instagram.

Atau, hubungi pegawai komunikasi The Knights Award : 

Name: Gabriel Teo (Communication Director)
Organisation: The Knights Award Season 3
Email: contact@theknightsaward.com
Website: www.theknightsaward.com
Phone: +601123323671