in

The Great Arab Revolt: Seabad Umat Islam Tanpa Naungan Khalifah, Ini Kisah Kejatuhannya…

Untitled Design 3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita tahu, zaman pemerintahan khalifah bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW iaitu pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun ke-11 Hijrah ketika baginda berusia 63 tahun. Walaupun begitu, perjuangan Islam tidak terhenti dengan pimpinan daripada Khulafa’ Al-Rasyidin iaitu Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khatab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib.

Namun, selepas berabad lamanya, kepimpinan khalifah yang diteruskan menjadi semakin goyah sehingga berlaku peristiwa yang menamatkan pemerintahan khalifah Islam ini.


The Great Arab Revolt

Fdffdfdfdfdfdfdf

Artikel berkaitan: Mahu Kumpul Dana RM100K Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Maszlee Malik Sedia Bergusti

Pada Oktober 1916, Kapten T.E. Lawrence atau dikenali sebagai ‘Lawrence of Arabia’ merupakan seorang ahli strategi tentera dan cendekiawan arkeologi dari British. Dia dihantar ke Hejaz untuk bertemu Amir Faisal, putera sulung Sharif Hussein yang berketurunan Bani Hashim.

Kalau korang nak tahu, Sharif Hussein ni ialah pemerintah di Mekah berbangsa Arab dan telah bermusuhan dengan kerajaan Uthmaniyyah yang menginginkan kota Mekah ni. Oleh itu, dia buat satu perjanjian bersama Henry McMahon, Pesuruhjaya Tinggi Britain di Mesir untuk menentang Khilafah Utmaniyyah ni.

Disebabkan itulah, kapten dari British dihantar ke sana bagi membantu golongan Arab ni merancang strategi bersama keluarga Sharif untuk menyerang kubu Madinah yang ketika itu dikuasai oleh Fakhri Pasha, seorang jenaral kerajaan Uthmaniyyah.

Perang Dunia Pertama

Ww1 Trench Warfare

Ketika ini, kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah memihak kepada Pakatan Jerman-Austria walaupun tidak mendapat persetujuan daripada Khalifah Mahmud V. Manakala itu, disebabkan perasaan tidak puas hati dengan pimpinan kerajaan Turki, keluarga Sharif telah memihak kepada Pakatan Bertiga yang diwakili negara Britain, Perancis dan Russia.

Tujuannya untuk bebaskan bangsa Arab daripada naungan Turki walaupun sebenarnya, tak ramai pun yang sokong keluarga Sharif ni. Disebabkan perjanjian yang dimeterai, Britain janjikan sokongan yang lumayan kepada Sharif untuk menjadi khalifah dunia Arab.

Perjanjian Sykes-Picot

Sp Agreement 1060X642 1

Namun, janji Britain tu hanyalah indah khabar dari rupa. Sebabnya, Britain telah melakukan Perjanjian Sykes-Picot dengan Perancis secara rahsia tanpa pengetahuan Sharif. Dalam perjanjian itu, wilayah kerajaan Uthmaniyyah akan dibahagikan antara dua negara itu selepas perang tamat.

Tak cukup dengan tu, pada 1917 Britain telah membuat Perjanjian Balfour dengan keluarga Rothschild untuk membentuk sebuah negara Yahudi di Palestin.

Perang Dunia 1 tamat

Dikatakan lepas je perang tamat, Perjanjian Sykes-Picot dilaksanakan dengan Britain mendapat Palestin, Jordan dan Iraq manakala Perancis peroleh Syria dan Lebanon. Disebabkan ini, keluarga Syarif menjadi marah akan McMahon kerana tidak mengotakan janjinya.

Asbab itu, Britain memberikan bantuan senjata kepada Bani As-Saud selaku musuh Bani Hashim untuk memerangi Syarif. Oleh itu, pada tahun 1924 keluarga Syarif terpaksa mengalah dan meninggalkan Mekah dan Madinah di bawah penguasaan keluarga As-Saud. Disebabkan itu juga, As-Saud sekeluarga telah membina kerajaan Arab Saudi yang kita kenal hari ini.

Gerakan nasionalisme di Turki

Ataturk 5C6E1105C9E77C00018Ccb0D

Keadaan di Turki pula berbeza apabila kumpulan nasionalis Islam yang diketuai oleh Mustafa Kemal telah bangkit menentang penceroboh asing iaitu Britain, Itali dan Greece. Dia bersama sokongannya telah membina negara Turki baharu yang berlokasi di Anatolia, tempat di mana terdapat sebahagian besar penduduk Turki.

Artikel berkaitan: “Suamiku syahid!” – Netizen Sebak Lihat Doktor Umum Kematian Suami, Terkorban Ketika Perang

Walaupun begitu, Greece telah menyerang Anatolia dari barat manakala Itali telah menghantar askarnya untuk memperoleh barat daya negara itu. Perkara itu tidak menggentarkan Mustafa sebaliknya, dia berusaha semampunya untuk pertahankan Anatolia. Tapi disebabkan tekanan yang tinggi, kerajaan sementara Uthmaniyyah terpaksa bertindak untuk menghentikan kumpulan nasionalis ni.

Pada 23 April 1920, Mustafa Kemal telah dilantik menjadi presiden pertama dan menubuhkan Republik Turki. Dipendekkan cerita, sistem Khilafah telah dimansuhkan pada 3 Mac 1924 menyebabkan khalifah ke-101,  Sultan Abdul Majid II dibuang negeri.

Dengan itu, berakhirlah kepimpinan khalifah sebagai penjaga agama Islam di dunia dengan 2024 menjadi genap 100 tahun umat Islam tanpa naungan seorang khalifah.

Walaupun begitu, pengajaran yang boleh diambil ialah sesama Muslim kita janganlah bermusuhan sebaliknya, mengamalkan persefahaman dan sifat adil yang tinggi agar Islam boleh bangkit menjadi kuasa kuat seperti dahulukala.

Sumber: SuaraMerdeka, New Zealand History 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.