in

“The ‘bodo’ is kinda sweet tho” – [Video] Kawan India Betulkan Arah Kiblat ‘Member’ Nak Tumpang Solat Dirumah Buat Netizen Kagum

Kiblat7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Humanity restored! Insiden yang terjadi dekat Amer semalam telah membuktikan bahawa perpaduan ini masih lagi wujud.

Gelagatnya bersama rakan baik yang dikenali Leonard ini telah menjadi perhatian netizen sejak semalam sehingga meraih 4K retweets dalam masa 24 jam di Twitter.


 

See how my indian friend fixs my qibla accurately #friendshipTillJannah”

Dalam video yang berdurasi 10 saat itu menampakkan Leornard sedang menelaah kompas digital untuk memastikan arah kiblat itu betul.

Mereka mula berkenalan dari tempat belajar di sebuah pusat latihan penerbangan di Langkawi. Amer dan Leonard begitu akrab sehinggakan Leonard selesa bawa Amer kerumahnya untuk membuat ulangkaji pelajaran latihannya itu.

Nak dipendekkan cerita,, Amer bertandang di rumah Leonard memandangkan Amer berasal dari Sarawak dan jauh dari keluarga.

Family dia terima saya sebagai tetamu sebab saya asal sarawak and since saya ngan leonard selalu study sekali, so dia ajak lah saya duduk rumah dia, sebab kitaorg ada exam setiap bulan.” katanya ketika dihubungi oleh team Lobak Merah.

Leornard yang merupakan kaum India dan beragama Kristian begitu baik melayan Amer dan hormat Amer yang beragama islam untuk menunaikan solat.

Memang baik layan saya macam anak sendiri.. so nak di jadikan cerita.. semalam tengah nak tunggu solat magrib saya bentangkan sejadah awal2 lepastu dia tanya saya “korang solat ikut arah mana “ pastu saya cakap la kita kalau kat Malaysia ikut 292-291 degree”

Jadi, Leonard keluarkan telefon bimbit untuk betulkan arah kiblatnya. Itu sebablah Amer bertindak untuk merakam dan tayangkan video di bawah ni di media sosial menunjukkan bertapa concernnya Leonard terhadap rakannya..

Ramai netizen kagum dan ada juga yang mencemburui keagraban mereka ini. Nak cari kawan baik macam Leonard.

 

The ‘bodo’ is kinda sweet tho – Netizen

Kiblat Kiblat2 Kiblat3

 

Malah, Amer juga bersyukur kerana ada kawan yang bukan beragama islam begitu baik membantunya. Sebelum ini, Amer ada kongsikan rakannya yang bernama Lee sanggup hantarkan dia ke masjid untuk solat Jumaat.

 

Baca : “Rezeki dapat kawan macam ni” – Netizen Tersentuh Tengok Brader Ni Terima Surprise Dari Geng Sendiri

Kawan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.