in

“The best role model” – Anak Buat Sepah Dikedai Makan, Tindakan Ayah Bersihkan Sendiri Dipuji Netizen

bersih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu perkara yang menjadi cabaran kepada ibu bapa yang ada anak kecil adalah ragam anak-anak ketika berada di tempat awam terutamanya di kedai makan, ada yang menangis, berlari dan air tumpah itu memang pasti akan terjadi.

Biarpun itu adalah tugas pekerja restoran untuk bersihkan tetapi pasti kita dah membuatkan dia jadi ‘banyak kerja’.


 

Perangai suami aku kalau kat kedai makan

Namun begitu, suami kepada wanita ini bukan seperti itu, viral satu video di TikTok memperlihatkan suaminya membersihkan tempat mereka makan selepas anaknya dikatakan tumpahkan minuman di atas lantai.

Menurut wanita ini, itu memang dah menjadi sikap suaminya untuk melakukan perkara sebegini di kedai makan, katanya tak nak susahkan pekerja restoran. Dalam video itu, suaminya menyapu dan mop lantai sebelum bercakap dengan anaknya.

@mamifaezaglowqueenz

Perangai suami aku klu kat kedai mkn..klu ank dia sepahkan nasi atau tumpahkan air gni la..huhu xnak susahkan waiter..?

♬ –

Video yang dah meraih lebih daripada 334K views, 25.7k likes dan 494 komen ini telah menjadi perhatian netizen, masing-masing terpegun melihat cara si ayah ni.

Ini kerana sesetengah daripada mereka yang bekerja di restoran akan mengatakan bahawa si ibu bapa biasanya akan biarkan sahaja bersepah macam tu.

Malah ramai juga mengatakan bahawa si ayah ni boleh menjadi role model yang terbaik.

 

The best role model – Netizen

puji2 puji

Ada netizen yang mengatakan mereka juga melakukan perkara yang sama sampai ke satu tahap si anak sendiri sedar dan lakukan sendiri jika ada buat salah.

 

Baca : “Bakat luarbiasa”- [Video] Viral Budak 5 Tahun Kendalikan Jentera Pengorek, Bantu Penduduk Bersihkan Sisa Runtuhan Akibat Banjir

pengorek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.