Crazy Rich Asians merupakan sebuah filem drama komedi romantik Hollywood yang ditayangkan pada 2018 dan ia telah menarik perhatian ramai kerana filem itu menampilkan gabungan pengarah dan pelakon Asia.
Filem ini dibintangi oleh Constance Wu, Henry Golding, Gemma Chan, Lisa Lu, Awkwafina, Ken Jeong, serta yang ‘lejen’ Michelle Yeoh.
Ia mengisahkan seorang profesor Cina-Amerika yang mengembara untuk bertemu keluarga teman lelakinya dan terkejut apabila mendapati mereka adalah antara keluarga yang paling kaya di Singapura.
Filem yang berdasarkan sebuah novel itu menjadi antara filem komedi romantik yang paling berjaya dengan kutipan melebihi 238 juta USD serta menerima pujian tinggi untuk persembahan pelakonnya, lakon layar dan reka bentuk produksi.
Pun begitu menerusi laman IndieWire, baru-baru ini aktor Simu Liu yang sedang meningkat naik dengan filem Shang Chi and The Legend of Ten Rings mendedahkan dia pernah pergi ke uji bakat Crazy Rich Asians sebanyak empat kali tetapi tidak berhasil.
Tiada ‘it factor’?
Menurutnya, dia ditolak dan tidak diterima untuk filem Blockbuster itu kerana dia tidak mempunyai ‘it factor’ untuk Hollywood.
“Saya rasa seperti saya tidak cukup baik dan tidak disenangi. Saya tidak mempunyai ‘sebab’ yang membuatkan orang mahu menontonnya.
Ia sangat sukar bagi saya, saya cuba memikirkan sama ada saya boleh menjadi watak utama atau sama ada saya hanya boleh menjadi watak sokongan selama saya dalam bidang ini.” kata Simu Liu.
Perkara itu seterusnya tular di laman Twitter, sudah pastinya ramai yang mengatakan Henry Golding lebih sesuai dengan watak Nick Young dalam filem tersebut.
Ramai yang menganggap Henry Golding mempunyai rupa paras yang lebih dekat dengan orang Asia Tenggara.
Tenang ok netizen semua, dua-dua pun dah dapat filem mantap!
Baca: “The Mafia Queen” – Ini Kisah Sebenar Disebalik Watak Filem Netflix ‘Gangubai Kathiawadi’