fbpx
in

Tetap Teruskan Walaupun Terjatuh, Syed Saddiq Berjaya Tamatkan Ironman

3Ss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang terjatuh daripada basikal semasa kejohanan Ironman Malaysia berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke enam dalam kategori umurnya.

Screenshot 2024 10 13 At 2.54.42 Pm

Berkongsi pengalaman di Facebook Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bekas Menteri Belia dan Sukan itu teruja kerana berjaya menamat perlumbaan kira-kira 4 jam sebelum masa tamat.


Screenshot 2024 10 13 At 2.48.32 Pm

Syed Saddiq juga berterima kasih kepada para sukarelawan yang membantunya selepas perlanggaran dengan membuang duri daripada pokok dan membetulkan basikalnya serta memberikan bantuan kecemasan.

Saddiq terjatuh ketika kejadian cuaca hujan lebat dengan ribut kuat sehingga menyebabkan pokok tumbang. Kejadian itu berlaku sewaktu beliau sedang menuruni bukit dalam disiplin berbasikal.

Screenshot 2024 10 13 At 2.54.52 Pm

Walau bagaimapun, beliau berjaya melintasi garisan penamat di Pelangi Beach Resort sekitar jam 9.30 malam semalam selepas 30 minit tertangguh akibat terlibat kemalangan itu.
Saddiq mencatat masa 13 jam dan 13 minit untuk menduduki tempat keenam dalam kategori umurnya.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top