Grabpayduitnowqr

Kalau dulu kita kena pakai cash sepanjang masa sebelum berubah kepada kaedah pembayaran melalui kad dan sekarang ini dah wujud e-wallet! Cuma penggunaan e-wallet ini masih ada yang tak suka pakai sebab ianya terbatas.

Misalnya, ada kedai hanya terima e-wallet jenis A dan ada kedai yang terima e-wallet jenis B, korang perasan tak? Sebab itulah ramai yang prefer pakai cash, kad ataupun malas nak beli kat kedai tu terus.

 

Imbas kod QR DuitNow dengan GrabPay!

Sedikit info ringkas, DuitNow QR adalah Standard QR Nasional Malaysia yang ditubuhkan oleh PayNet di bawah Rangka Kerja Pemindahan Kredit Interoperabiliti BNM. DuitNow QR boleh menerima pembayaran dari mana-mana bank dan e-Wallet termasuklah GrabPay.

Andaikata satu kedai itu ada menyediakan DuitNow QR, mudah untuk korang sebab boleh gunakan GrabPay untuk imbas kod DuitNow QR itu, korang pun tak perlu lah nak install banyak-banyak  aplikasi e-Wallet dalam phone korang.

Key Visual Bm

Siapa je lah yang nak kusut-kusut ada banyak-banyak apps kan? Buat semak memori phone je, kalau ada satu je kan senang.

Min yakin kebanyakan antara korang lagi prefer pakai e-wallet GrabPay kan? Yelah, sebab dalam satu sahaja apps Grab itu, ada macam-macam lagi fungsi, e-hailing, GrabFood, GrabMart, dan GrabPay sendiri!

So, pakai je lah GrabPay sebab sekarang ni dah boleh pakai dekat DuitNow QR! Jadi, kalau kedai tu tak ada sediakan QR khusus untuk GrabPay, korang still boleh bayar kalau kedai itu ada menggunakan kod DuitNow QR.

Mudah je! Korang scan je pakai apps Grab tu untuk buat pembayaran disitu. Then, settle!

Bm How To Pay

 

Boleh dapat banyak reward, kalau guna Grabpay untuk scan GrabPay DuitNow QR!

Jadi, min recommend korang untuk scan sahaja GrabPay DuitNow QR  dengan GrabPay sebab  ada manfaat lain yang korang boleh dapat berbanding dengan e-wallet dan DuitNow QR e-wallet yang lain! 

Macam mana nak tahu kalau kedai terpilih itu pakai DuitNow QR dari GrabPay? Korang akan nampak satu kod DuitNow QR dalam outline yang berwarna hijau. Lepas tu, korang akan nampak logo Grab dan tulisan “Scan me to earn GrabRewards Points” macam terlihat dalam gambar dibawah ini.

Img 20210526 204505

Antara manfaat lain yang korang boleh dapat adalah :

Bm Gpdn Full Infographic

  • Boleh kumpul sehingga 3 kali mata ganjaran GrabRewards! Apabila korang imbas GrabPay DuitNow QR ini dengan GrabPay, segala mata ganjaran korang yang terkumpul itu akan bertambah!
  • Dengan mata ganjaran GrabRewards daripada setiap transaksi yang mengimbas GrabPay DuitNow QR dengan GrabPay, korang boleh tebus ganjaran tersebut untuk mendapatkan diskaun GrabCar, GrabFood, GrabMart ataupun GrabExpress!
  • Malah, korang juga boleh dapat diskaun istimewa kalau korang pergi ke kedai terpilih yang memaparkan GrabPay DuitNow QR. Kalau nak cari kedai-kedai terpilih, senang je, gunalah GrabPay Merchant Nearby!

See? Terang-terang korang lebih senang bayar pakai GrabPay, jimat memori phone, boleh digunakan dekat mana-mana cawangan yang ada DuitNow QR dan siap dapat benefit lagi dengan ganjaran durian runtuh  kalau imbas GrabPay DuitNow QR.

Malah, kaedah GrabPay DuitNow QR ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu alternatif lain untuk kita mematuhi SOP selain membendung diri kita daripada sebarang kebolehjangkitan Covid-19. Stay safe and enjoy!