Tesla baru-baru ini dilaporkan membatalkan rancangan untuk membina kemudahan pembuatan kereta elektrik (EV) sama ada di Malaysia, Thailand atau Indonesia.
Menurut laporan dari media Thailand, The Nation, Tesla hanya akan menumpukan kepada pengukuhan ekosistem sistem pengecasan.
Ketika ini, Tesla hanya membincangkan stesen pengecasan dengan rancangan kilang itu digantung bukan sahaja di Thailand tetapi di seluruh dunia.
“Mereka tidak meneruskan di Malaysia, Indonesia, atau di mana-mana sahaja kecuali di China, Amerika Syarikat (AS) dan Jerman,” kata sumber berkenaan.
Pada November tahun lepas, Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin mengumumkan yang Tesla bersedia untuk menjadikan Thailand sebagai hab pembuatan EV.
Pengumuman berkenaan dibuat selepas beliau mengadakan beberapa pertemuan dengan eksekutif Tesla di AS dan Thailand.
Artikel berkaitan: Elon Musk Berminat Tambah Pelaburan Di Malaysia, Bakal Jumpa PM Minggu Depan
Artikel berkaitan: Bukan Elon Musk, Lelaki Ini Dedah Hero Sebenar Yang Baiki Semula Internet Di Gaza
Malah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sebelum ini ada mengumumkan bahawa syarikat yang dimiliki Elon Musk itu akan memulakan operasi di Malaysia pada awal bulan Oktober atau November tahun lalu.
Bagaimanapun kini, Tesla memutuskan untuk membatalkan rancangan pelaburannya di Thailand selepas membubarkan pasukan eksekutifnya.
Keputusan tersebut adalah sebahagian daripada pengeluaran pelaburan Tesla di seluruh Asia dan negara lain.
Tesla juga sebelum ini mengumumkan ia telah menghentikan rancangan untuk membina sebuah kilang di Mexico sehingga selepas pilihan raya presiden AS pada November, berikutan janji calon Donald Trump untuk mengenakan tarif 100 peratus ke atas kenderaan buatan Mexico.
Sumber: Sinar Harian