in

Tesla Sedang Dalam Kerugian, Tapi Malaysia Tidak Terjejas – PMX

Ft Amwar Tesla

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keputusan Tesla Inc untuk membatalkan pembinaan kilang di Thiland dan menilai semula rancangan serta pelaburan mereka di Asia Tenggara itu bukanlah sebab tidak percaya dengan persekitaran perniagaan rantau ini, terutamanya di Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa sebaliknya, syarikat milik Elon Musk itu kini sedang alami kerugian yang besar, mereka tidak mampu bersaing dengan industri kenderaan elektrik (EV) China.


Artikel berkaitan : Bayi Meninggal Dunia Akibat Terhidu Asap Rokok Masa Majlis Cukur Jambul

Artikel berkaitan : Tesla Tak Jadi Buka Kilang Di Malaysia, Thailand & Indonesia?

Tegasnya lagi, Malaysia tidak begitu terjejas, ini kerana berdasarkan laporan sebelum ini, syarikat tersebut hanya merancang untuk meningkatkan pelaburan di negara ini, berbanding perancangan lebih besar di Thailand iaitu membuka hab kilang pembuatan EV.

“Tengku Zafrul (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri) telah mendapat maklumat terkini (mengenai Tesla), kerana mereka telah mengalami kerugian (disebabkan) tidak dapat bersaing dgn EV dari China.”

“Jadi operasi mereka di Thailand besar, kita baru nak mula. Jadi itu penerangan langsung dari Tesla.”

41602672106 Tbanwaribrahim

Sebelum ini, dilaporkan bahawa rancangan untuk membangunkan kilang pembuatan EV di Thailand dibatalkan dan akan memberi tumpuan semata-mata kepada stesen pengecasan pantas.

Malah laporan juga menyatakan bahawa keputusan tersebut susulan pemberhentian pasukan eksekutif Tesla yang melawat Thailand pada November-Disember.

“Pertamanya, laporan (berita asing) tersebut bukanlah kenyataan rasmi Tesla, sebaliknya hanya memetik sumber yang anonymous ataupun tak bernama. Jadi, bila ditanya, jawapan saya (sebelum ini) ialah wartawan perlu semak kesahihan berita ini dengan Tesla, kerana sumber berita ini bukanlah Tesla.”

Screenshot 2024 08 09 155024

Selain itu, Tengku Zafrul juga ada menyatakan bahawa Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang mereka di Malaysia.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.