Pada mulanya, si anak kecil berusia 8 tahun yang dikenali sebagai Ammara ini begitu teruja apabila ibu bapanya menyediakan pakaian tradisional untuk ke sekolah sempena bulan kemerdekaan, dapat dilihat rasa terujanya menerusi satu video tular ini.
Bahkan, siap berlatih cat walk lagi untuk ditunjukkan kepada kawan-kawannya. Lumrah untuk anak kecil yang teruja, pasti rasa tak sabar nak ke sekolah, ibu bapa pula pasti gembira bila melihat anaknya senang hati.
Bagaimanapun, keterujaannya terbantut apabila seorang guru dikatakan memarahinya sebaik tiba di sekolah.
“Macam-macam gaya papa photoshoot sebelum nak ke sekolah”
Perkongsian itu dibuat oleh bapanya yang menyaksikan kejadian tersebut. Anaknya didakwa dimarahi oleh guru kerana memakai solekan pada muka dan guru itu memadam solekan tersebut.
“Masa Ammara masuk ke pagar sekolah, dia kena tahan dengan seorang cikgu ni, dari jauh dengar cikgu tu siap marah Ammara sambil mengelap muka Ammara dengan kain nak hilangkan make up. Sedih tengok depan mata anak kesayangan papa kena marah macam tu depan 2 pelajar lelaki yang lain.”
Lebih menyedihkan, guru tersebut dikatakan telah menuduh anaknya tak faham bahasa dan tidak dimaklumkan oleh ibu bapanya berkenaan larangan memakai sebarang solekan.
Menurut bapanya lagi, ibu bapa dan penjaga tidak dimaklumkan berkenaan hal itu di dalam group WhatsApp, mereka hanya diberitahu bahawa anak-anak perlu berpakaian tradisional.
Tambahnya lagi, dia bukanlah jenis yang suka membela anak, tapi melihatkan gaya anaknya dimarahi, dia berasa perkara itu tak betul. Dia masuk ke sekolah untuk bersemuka dengan guru tersebut, walau bagaimanapun, bapanya jadi lebih marah apabila melihat cara guru itu bercakap dengannya.
Tambahnya, guru tersebut menyalahkan cikgu lain kerana tidak sampaikan maklumat yang betul kepada ibu bapa.
“Aku cari Ammara kat kelas, terbukti anak aku dah jadi trauma. Bayangkanlah dia punya excited nak pakai cantik-cantik sekali jadi macam ni.”
Anaknya dilihat menangis teresak-esak dan bapa ini pujuk Ammara untuk kembalikan semangatnya. Dalam pada itu, ramai kawan-kawan Ammara hadir memujuknya dan memberikan kata-kata semangat buatnya.
Papa vs Cikgu …..komen siapa betul siapa salah….. pic.twitter.com/Yilrhkdv65
— MYNEWSHUB (@mynewshub) August 27, 2023
Menerusi platform X, video ini telah meraih lebih 1,800 jumlah perkongsian, rata-rata netizen marah dengan tindakan guru tersebut yang telah merosakkan mood kanak-kanak itu.
Waktu hari sambutan, apa salahnya kalau diberi kelonggaran kan? Dalam masa yang sama, harap ibu bapa dapat boleh mendapatkan info jelas selepas ini memandangkan kemudahan semua di hujung jari.