in

Tersiar Perlawanan Badminton Israel Lawan Nepal, RTM Dakwa Tak Sengaja

Rtm Tak Sengaja Siar Perlawanan Israel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) didakwa secara tidak sengaja menyiarkan perlawanan badminton perseorangan lelaki peringkat kumpulan antara atlet Israel dan Nepal dalam tempoh kurang daripada lima minit di Saluran Olimpik 4 RTMKlik.

Artikel berkaitan: Beri Komen Tiada Kaitan Dengan ‘Game’ Ketika Perlawanan Lee Zii Jia, Pengulas Dikritik Netizen


Artike berkaitan: “Jurukamera pun alih kamera” – Israel Dicemuh Orang Ramai Ketika Acara Pembukaan Olimpik Paris 2024

Menurut Awani yang memetik Bernama, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman menerusi satu kenyataan pada tengah malam tadi (1 Ogos) menyatakan RTM telah mengambil tindakan segera dengan menukar siaran ke acara lain iaitu bola baling.

“RTM menyiarkan secara langsung Sukan Olimpik melalui Saluran TV Okey dan Saluran Sukan serta enam saluran khas di RTMKlik bagi memenuhi hasrat rakyat Malaysia yang mahu merasai kehangatan Sukan Olimpik lebih dekat bermula 27 Julai lepas hingga 12 Ogos,” katanya.

Screenshot 2024 08 02 104742

Terdahulu, ada pengguna meluahkan rasa tidak puas hati apabila RTM tidak menyiarkan aksi Lee Zii Jia menentang atlet dari Sepanyol, Pablo Abian tetapi menyiarkan perlawanan antara atlet Israel Misa Zilberman dan atlet Nepal Prince Dahal.

Susulan itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil telah meminta RTM memberi penjelasan berhubung dakwaan terbabit.

Difahamkan, RTM ada menyiarkan perlawanan Zii Jia secara langsung di saluran Okey pada 8.50 malam hingga 9.30 malam pada 31 Julai.

Untuk info, RTM merupakan penyiar rasmi temasya sukan berprestij Olimpik Paris selama 17 hari tanpa henti secara percuma.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.