Kuala Lumpur, 25 Julai 2025 – Pengalaman kulinari baharu menanti anda di Sunway
Pyramid, dengan pembukaan rasmi Terrace @ Boulevard, sebuah syurga makanan tiga
tingkat seluas 30,000 kaki persegi.
Hab Makanan dan Minuman (F&B) ini, yang dahulunya dikenali sebagai Blue Cube,
terletak hanya beberapa langkah dari mercu tanda ikonik Kepala Singa. Lokasinya di
Tingkat Bawah dan bersebelahan Lebuhraya Baru Pantai (NPE) menjadikannya mudah
diakses oleh semua, sama ada untuk menikmati hidangan lazat, bersantai, atau
menangkap gambar berlatarbelakangkan Kepala Singa yang ikonik untuk dikongsi di
Instagram!
Terrace @ Boulevard menampilkan barisan restoran dan kafe unik yang menawarkan
pelbagai juadah dan pencuci mulut yang menarik.
“Kami teruja untuk memperkenalkan Terrace @ Boulevard, tambahan terbaharu yang bakal mengangkat pengalaman menjamu selera di Sunway Pyramid,” kata Pengurus Besar Kanan Sunway Malls, Jason Chin.
“Menjamu selera kini bukan sekadar tentang makanan semata-mata, ia adalah mengenai pengalaman dan gaya hidup. Dengan berlatarbelakangkan Kepala Singa yang ikonik dan menakjubkan, zon baharu ini menawarkan suasana yang benar-benar unik, sekali gus mentakrifkan semula maksud makan di luar.”
Tambah beliau, “Terrace @ Boulevard turut mengukuhkan portfolio F&B kami yang kini merangkumi lebih 200 pilihan tempat makan. Daripada kafe untuk pertemuan santai sehinggalah restoran antarabangsa autentik yang menawarkan pengalaman kulinari sejati, kombinasi ini meletakkan Sunway Pyramid sebagai destinasi kulinari yang mengasyikkan.”
Pengalaman gastronomi menanti anda
Antara tarikan utama Terrace ialah Seminyak by Warung Eropa, restoran dua tingkat
yang mengangkat konsep makan santai moden serta berinspirasikan Bali dalam reka
bentuk dan menunya. Cubalah Nasi Jinggo Bowls yang boleh diolah mengikut cita rasa
anda, lengkap dengan pilihan protein dan sambal yang enak.
Antara tawaran istimewa di sini ialah Nasi Jinggo Empal Seminyak, yang dihidang bersama jukut goreng, tempe orek, telur dadar, serundeng dan sambal bawang.Tiga menu eksklusif khas turut ditawarkan di Sunway Pyramid, iaitu Batagor Bandung, Sop Ikan Goreng Sanur, dan Crispy Duck Pancake. Jom jadilah yang terawal mencubanya!
Aftermeal Desserts yang baru menyertai Sunway Pyramid bakal menjadi destinasi
pilihan untuk menikmati manisan yang menyegarkan. Tawaran istimewanya, Iron Lady
Milk Tea Kakigori, menampilkan ais kisar halus yang berperisa teh oolong Tieguanyin,
dihidang bersama jeli gula perang, jeli cincau, serta mochi keladi dan ubi keledek
buatan sendiri. Daripada variasi Kakigori Milo Gelap dan Matcha hinggalah ke manisan
panas, Aftermeal adalah lokasi ideal untuk melegakan tekak pada hari yang panas atau
selepas sesi membeli-belah bersama rakan-rakan.
Come True Café di Terrace pula menawarkan juadah ‘fusion’ moden yang
berinspirasikan Taiwan dan mesra Muslim. Namun, sajian istimewa sebenar mereka
ialah soufflé yang pasti membuat anda ‘ketagihan’. Lebih menarik lagi, menu Tiramisu
Soufflé ini hanya boleh didapati di cawangan Sunway Pyramid – eksklusif dan cair
serta-merta di dalam mulut!
Tercari-cari lokasi makan mesra keluarga? Nantikan Cili Kampung, restoran mesra
Muslim dari Langkawi yang menyajikan citarasa kampung Malaysia yang asli. Jangan
lupa mencuba sajian istimewanya, Masak Lomak Beef yang pedas dan kaya dengan
rasa. Antara sajian lain yang wajib dicuba termasuk Udang Sambal Petai dan Asam
Pedas Tenggiri.
Di tingkat 3, Pokok KL tampil dengan konsep kafe rumah kaca dan menawarkan
gabungan rasa Timur serta Barat. Di sini, anda boleh menikmati hidangan sambil
menyaksikan pemandangan Kepala Singa yang menakjubkan serta menangkap
momen indah yang mesra Instagram. Malah, jangan lepaskan peluang untuk mencuba
piza eksklusif mereka yang menjanjikan kelazatan tiada bandingan.
Boulevard Diberi Suntikan Nafas Baharu
Selain itu, Sunway Pyramid turut menjenamakan semula kawasan Oasis Boulevard
sebagai Boulevard, yang kini menampilkan 19 outlet F&B sedia ada bagi menghasilkan satu hab makan yang lebih teratur. Pengunjung kini lebih mudah menerokai pelbagai pilihan – daripada masakan Asia sehinggalah sajian Barat yang digemari.
“Pelancaran zon baharu yang penuh warna-warni ini, serta penjenamaan semula Oasis Boulevard, merupakan sebahagian daripada komitmen kami untuk memberikan pengalaman yang luar biasa dan bersifat ‘multi-sensori’ buat para pengunjung..”
Makan, Putar & Menang
Dari sekarang hingga 31 Ogos 2025, para pengunjung jangan lepaskan peluang untuk
memenangi hidangan percuma selama setahun!
Untuk menyertai, belanjakan sekurang-kurangnya RM150 dalam dua resit di mana-
mana cawangan F&B di Sunway Pyramid untuk mendapat satu putaran bagi
memenangi baucar beli-belah atau baucar Sunway Super App, serta satu penyertaan
automatik untuk berpeluang memenangi hidangan percuma selama setahun! Jangan
ragu-ragu untuk menghantar seberapa banyak penyertaan yang anda boleh, lebih
banyak penyertaan, lebih tinggi peluang anda untuk menang! Hanya perlu kunjungi
kaunter Sunway Super App di Tingkat 1 untuk mendapatkan pusingan anda.
Akhir kata, penyertaan Terrace @ Boulevard dalam landskap runcit Sunway Pyramid
yang penuh bertenaga akan melonjakkan kedudukan Sunway Pyramid sebagai
destinasi gastronomi dan gaya hidup yang terunggul. Untuk maklumat lanjut dan kemas
kini terkini, layari laman web rasmi Sunway Pyramid atau ikuti saluran media sosialnya
(@sunway_pyramid).