in

“Terpisah dari keluarga” – KKM Kenal Pasti Kanak-kanak GISBH Berdepan Masalah Kesihatan Mental

Syaz Ft 2024 09 25T152251.656

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehingga ke hari ini, isu Global Ikhwan Services Business Holding (GISBH) masih menjadi bualan ramai susulan Op Global yang kini giat dijalankan oleh pihak polis.

Terbaru, Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti terdapat kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal kendalian GISBH berdepan isu kesihatan mental dipercayai akibat trauma dihadapi.


Artikel berkaitan: “Tukar signboard malam-malam” –  Hotel Milik GISBH Tiba-tiba Bertukar Nama?

Artikel berkaitan: “Anak pun tak kenal ibu bapa” –  Ahli GISBH Hanya Kenal 2 Daripada 34 Orang Anak

Menerusi laporan Kosmo!, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, KKM telah menyediakan bantuan rawatan diperlukan termasuk sistem sokongan kesihatan mental.

“Kita mengenal pasti beberapa isu masalah mental dalam kalangan kanak-kanak yang diselamatkan dan kita akan beri maklumat itu secara terperinci kerana ketika ini masih lagi dalam operasi menyelamatkan kanak-kanak GISBH di seluruh negara.

Diakui memang ada kanak-kanak itu yang memerlukan sistem sokongan kesihatan mental kerana mereka dipisahkan daripada keluarga dan ada yang tidak tahu keadaan sebenar (yang terjadi) kepada diri mereka.

Jadi, ini adalah proses yang kita serahkan kepada semua pakar-pakar (psikologi) yang dihantar ke Pulapol (Kuala Lumpur),” katanya.

Sebelum ini, pihak polis mendapati terdapat kanak-kanak terutamanya di bawah 12 tahun yang tinggal di rumah kebajikan GISBH tidak mengenali ibu bapa mereka yang merupakan kalangan ahli kumpulan.

Malah, ada juga ahli GISBH yang berpoligami dengan beristeri empat mempunyai 34 anak.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.