in

Terperangkap Kerana Kepala Air, 39 Guru & Kanak-kanak Tadika Diselamatkan Dari Gua Ikan Di Kelantan

Syaz Ft 2024 11 22T110127.030

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pihak berkuasa sudah memberi amaran berlakunya cuaca hujan yang membahayakan serta amaran berwaspada.

Pun begitu, semalam seramai 39 orang guru dan kanak-kanak tadika diselamatkan selepas terperangkap di Gua Ikan, Dabong, Kuala Krai, Kelantan.


Artikel berkaitan: Mangsa Kongsi Detik-detik Cemas Terperangkap Di Risda Eco Park Susulan Fenomena Kepala Air

Artikel berkaitan: Tadika Terkenal Didakwa Aniaya Pekerja, Tak Bayar KWSP?

1 10

Menurut laporan Harian Metro, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dabong, Muhammad Aiman Aminuddin berkata, kumpulan itu dari Kuala Berang, Terengganu dan menaiki kereta api di stesen KTM Tanah Merah untuk mengadakan lawatan di gua berkenaan.

Difahamkan, sebelum mereka terperangkap, cuaca berada di dalam keadaan baik, namun secara keadaan luar jangka menyebabkan mereka terperangkap.

“Operasi menyelamat mangsa membabitkan lima lelaki, 16 wanita dan 18 kanak-kanak itu mengambil masa lebih dua jam.

Kesemua mangsa dipindahkan menggunakan bot bomba dan kesemuanya berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.24 petang memaklumkan terdapat mangsa terperangkap di dalam gua akibat kepala air dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.04 petang.

Dalam pada itu, di aplikasi X, netizen meluahkan rasa hampa kerana pihak tadika dikatakan melakukan sesuatu yang sangat berbahaya terutamanya ketika musim tengkujuh ini.

Cats 23

Sumber: Harian Metro, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.