in

Terpengaruh Dengan Pulangan Lumayan, Pegawai Bank Kena ‘Scam’ RM100,000

pegawai bank kena scam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara terpedaya dengan sindiket pelaburan saham yang tidak wujud menerusi laman Facebook bulan lalu, seorang pegawai bank mengalami kerugian sebanyak RM102,700.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata lelaki berusia 32 tahun berkenaan telah melayari satu iklan di laman sosial berkenaan yang menyatakan akan memberikan beberapa buku berkaitan pelaburan secara percuma.


Mangsa kemudian diminta untuk memasukkan maklumat peribadi menerusi pautan yang diberikan melalui aplikasi WhatsApp dan selepas menekan pautan yang diberikan, ia membawa mangsa ke aplikasi sistem trade saham.

pexels liza summer 6347705

Selepas itu, mangsa telah ditawarkan untuk melabur saham di sebuah platform dan dimaklumkan oleh suspek bahawa dia akan menerima keuntungan sebanyak 30 peratus setelah melabur sebanyak RM100,000.

Kerana terpengaruh dengan tawaran keuntungan yang lumayan berkenaan, mangsa telah melakukan ‘pelaburan’ menggunakan wang simpanannya dengan melakukan 12 transaksi dalam tempoh tiga minggu ke enam akaun bank yang berlainan.

Katanya, hanya selepas itu sahaja lelaki berkenaan menyedari dirinya telah dipedayakan dan terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

81525168007 TuanYahaya

Sementara itu, Ketua Polis Pahang turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan pelaburan yang ditawarkan, lebih-lebih lagi sekiranya ia menjanjikan pulangan yang lumayan dalam tempoh yang singkat.

Tambahnya lagi, syarikat mahupun individu yang tidak mempunyai lesen atau mendapat kebenaran dari Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti tidak boleh menerima deposit dari mana-mana pihak.

Baca : “Anak kamu di tangan aku” – Taktik Baru Scammer, Hantar Mesej Orang Tersayang Diculik & Minta Tebusan

scammer ugut culik minta wang tebusan

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.