Bila bercakap mengenai pengarah box office terkenal Malaysia, Syamsul Yusof, pasti peminatnya mengetahui tentang kereta sport jenama Lamborghini kesayangannya.
Baru-baru ini, tular satu rakaman video kereta Lamborghini yang dipandu Syamsul bergerak perlahan sebelum berlakunya perlanggaran dua kereta lain di lorong sebelah.
Syamsul dilihat sempat membuka tingkap dan melihat ke arah kamera yang dirakam orang awam sebelum bergerak melepasi pelanggaran dua buah kenderaan itu.
Dalam video terbabit, pemandu kereta jenis Audi telah melanggar bahagian belakang kenderaan jenis serba guna (MPV).
Artikel berkaitan: “Dia masuk kawasan Shark!” – Rezeki Abang ‘Rider’ Dapat ‘Selfie’ Dengan Syamsul Yusof Lepas Hantar Makanan
Artikel berkaitan: “Nak komen takut dosa” – [VIDEO] Lamborghini Syamsul Yusof Berasap, Tersadai Tepi Jalan
Pemandu MPV yang terkejut segera keluar dan Syamsul juga sempat melihat situasi yang berlaku sebelum video terbabit berakhir.
“Bukan salah saya”
Susulan video itu, Syamsul tampil menjernihkan keadaan selepas dia dikatakan menjadi punca kemalangan di antara dua buah kenderaan mahal.
Mengulas mengenai kejadian yang berlaku di sekitar Bukit Bintang, Syamsul berkata insiden tersebut disebabkan kereta berjenama Audi berkenaan tidak fokus ketika memandu sehingga melanggar bahagian belakang kenderaan MPV di hadapannya.
“Ini video sebenar, Audi tak fokus dan bukan salah saya,” tulisnya yang memuat naik video pelanggaran itu dalam satu hantaran di Instagram.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti bergurau disebabkan kereta Syamsul terlalu menyerlah dan menarik perhatian ramai sehingga terjadi insiden terbabit.
Harap kedua-dua pemilik kereta yang berlanggar itu dapat selesaikan isu mereka.
Sumber: Instagram