Tidak dinafikan, ramai yang mencari kerja part time untuk mendapatkan side income. Kita pasti kecewa apabila mendapat pekerjaan tetapi sebenarnya ia hanyalah satu taktik penipuan.
Baru-baru ini seorang pengguna TikTok @fyqaazainol berkongsi bagaimana dirinya menjadi mangsa penipuan scammer sehingga mengalami kerugian ribuan ringgit.
Dia yang memuat naik video itu menyatakan ingin memberi kesedaran kepada orang ramai agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan scammer.
@fyqaazainol Minggu terpaling down. Hilang semua duit dalam account. Tak sanggup nak sebut berapa K. Doakan semoga boleh dapat balik duit ni sikit untuk teruskan hidup ? trip.com #parttimejob #scammer #spreadawareness #call997 #scammeralert
Menerusi perkongsian video itu, dia diberikan tugasan untuk membuat tempahan hotel dan perlu memberikan bukti tempahan serta pembayaran kepada pihak tersebut.
Pada awalnya, dia mendapatkan wang seperti dijanjikan tetapi semuanya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila tugasan ketiga yang diambilnya berlaku sedikit masalah.
“Task pertama saya buat dapat duit balik. Task kedua pun sama. Masuk ke task ketiga pada hari itu ada dua hotel kena book.
“Setiap hotel harganya RM500. Scammer tak akan bayar lagi kerana task ketiga ini ada dua order. Hanya selepas settle dua order baru akan bayar. Untuk hari kejadian, aku tak mampu untuk bayar task kedua itu. Masa itu dah malam, bank pun dah tutup. Limit dah habis. Saya cakap saya proceed untuk esoklah,” katanya.
Sedar ditipu, teruskan tugasan berharap wang dipulangkan semula
Dia mula menyedari bahawa dia perlu berhenti dari membuat kerja tersebut dan cuba untuk meminta wang yang telah dilaburkan semula.
Walaupun semua tugasan telah dilakukan tetapi dia masih tidak mendapat wang yang dijanjikan. Malah, dia diminta untuk membuat pembayaran lagi sebanyak 60% iaitu cas tambahan untuk proses berkenaan.
Akibat terpedaya dengan scammer itu, dia menyatakan wang di dalam akaun banknya sudah tiada dan tak sanggup untuk menyatakan jumlah kerugiaan.
Menjengah di ruangan komen, ada yang berkongsi pengalaman terpedaya dengan perkara yang sama.
Walaupun beberapa kali diuar-uarkan kepada orang ramai jangan mudah terpengaruh sehingga menjadi mangsa penipuan scammer, namun masih ada lagi yang terpedaya.
Dalam rekod PDRM sendiri, sebanyak 30,536 kes jenayah komersial membabitkan kerugian RM1.73 bilion sepanjang tahun lalu, menurut laporan Harian Metro.
Baca: Tawar Barang Berjenama Dengan Harga Murah, Modus Operandi Terbaru ‘Scammer’ Facebook